Bila bercinta



Lucu melihat orang-orang yg mengaku tak punya waktu mengembangkan diri, belajar atau mengambil tanggungjawab tambahan,
Tetapi punya waktu cukup banyak untuk memikirkan hal-hal yang membuat mereka kesal, benci, cemas, tidak percaya diri.
LAKUKAN sesuatu, GET BUSY! Otak kita terlalu berharga,
SENGAJALAH MENGISINYA hanya dengan hal-hal yang bermanfaat
(petikan dari ayat di pesbuk untuk nasihatkan si mangsa yang down) 




Masalah bercinta.
time suka memang tak ingat apa,
kawan pon di lupakan,
bila si bf/gf tak kasi buat itu ini semua turutkan,
konon pale otak tu fikir korang boleh la jadi suami isteri mithali bila dah nikah nanti,
dey deyyy pelis la baru couple kot!
jangan over sangat

Bila bercinta,
hp sentiasa melekat,
tayah susah-susah beli gam gajah lagi,
tangan korang lagi power dari gam,
bila gaduh mula la semua barang nak di hempasnya,
bila dah berbaik baru nak menyesal
*eh mana keypad hp aku ni*
kan kan mak jemah tak kuasa nak tengok drama hp melayang





Bila putus mula la nak meroyan, 
orang yang dah jadi janda/duda pon chill je,

ape de hal kalau dah putus tu anggap jela bukan jodoh korang,
buat apa nak meroyan macam la dia je lelaki/perempuan dalam dunia nih.
KEMON KEMON jangan jadi bodoh!

Cuba fikirkan balik,
nak salahkan si lelaki/perempuan pon tak boleh.
masa kita declare nak bercinta ngan pasangan kita,
bukan mak ayah,kawan,makcik pakcik korang yang paksakan?
so bila dah putus jangan la nak buat musuh ex korang tu.
tu kan pilihan korang masa suka,
kot ye pon x ley berbaik tapi jangan salahkan orang lain atas perpisahan tu.
mungkin korang pon tak sempurna ye tak?


Kalau ye pon sakit hati dengan ex korang sebab kena dump,
korang buktikan je kat dia yang korang mampu teruskan hidup tanpa dia,
mesti dia rasa tercabar.
Jangan sesekali tunjukkan yang korang ni terseksa bila di tinggalkan.
renung-renungkan:)





 

meh sini mak jemah nak komen!

Mula-mula nak bertapak jadi blogger,
habis semua orang dia tego.. 
siap tinggal jejak kat shoutmix,
*hye i follow u,follow me back ok:) *
pantang orang komen kat entry dia,
mesti reply and bangga,dalam hati kata
*ada jugak yang follow aku*

Bila follower da cecah beratus,
perangai mula berubah.
Bila ada orang komen kat entry dia mula buat tatau.
follower nak ramai tapi layan pembaca belog korang taknak pulak.
=.=" mak jemah tasuke tasuke =.="


Sesiapa nak terasa lantak..!!
Mak jemah tak kisah..
Boleh kira la berapa beloger yang dah DIVA
rajin bagi feed back pada pembaca dia.
adalah sorang dua..yang lain buat tatau je..
kan kan kan??
ha yela dah pemes..
kenot go!


Ni lagi satu mak jemah tak berkenan..
mula-mula baca belog dia ok je..
dah lama-lama terconfius jap,
ni belog dia ke belog sal bf dia?
habis bersepah dia duk cerita sal bf dia..
tudiaaaaaaa...
kot ye pon sayang bf toksah la nak cerita hampir setiap entry.
habis keguguran bulu mata mak jemah baca.
Macam orang lain takdak bf plak.

Ni lagi satu hal,
kot ye la hang tu comel,kiut miut atau pon takdak nak puji,
jangan la duk ulang ayat comel,comel,comel berpuluh kali..
kat setiap entry lak tu.
macam nak mintak orang puji je..
biar la pembaca belog korang yang cakap dulu hang tu comel ke cantik ke..
kan kan kan?

 Kepala otak mak jemah yang lembab ni dah tatau nak komen ape lagi dah..
cuaca mendung tetiba katil mak jemah ni macam ada tangan lak duk lambai-lambai..
haih dugaan=.="
selamat berbloggin kawan-kawan
kalau ad yang terasa entry mak jemah kali ni,
mak jemah susun sepuluh batang satey tuk korang sula mak jemah ok:)
bye-bye



























Bangga jadi warga keramat/setiawangsa kerana KAWTIM:)

Tetiba terasa bangga lak duduk kat area rumah aku ni.
Ehem-ehem:)
Mentang-mentang pak lang senior sekolah aku,
terlebih sudah sokong dia..hehe

Papepon tahniah buat HAZAMA a.k.a Pak lang
Tak sia-sia aku duduk diam-diam makan jajan 
depan tv semata-mata nak tengok hazama.
Sampai mama n papa aku pon kena pakse join sekali.


tahniah senior SMART:)
semoga berjaya 
KAWTIMMMMMMMMMMMMMMM 
syok abezzzzz!!
:)



Terima kasih sokong abang senior wahai jnior mya..
kam pelok abang..alobucuk-bucuk..


BYE-BYE AF



Selamat hari lahir MAMA:)


 pic mista gugel..tenkiu uncle gugel:)


Hari ni adalah hari lahir mama saya:)
mungkin juga birthday mama,papa,pakwe,jiran atau diri anda jugakan..
so saya ingin ucapkan selamat hari lahir kepada korang semua termasuk mama saya.
*tetiba skema*
BACK 2 NORMAL

Mungkin ada di antara korang yang slumber datang kat mama korang 
wish birthday siap pelok-pelok,ciom-ciom kan?
Tapi aku tak:) 

Aku tatau nape aku malu gila nak pegi kat mama and wish
pepelok siap ciom.haih..segan la =.="
Di sebabkan aku malu nak wish dedepan so aku guna la pesbuk tuk wish:)
agak berguna jugak la pesbuk ni rupanya..hehe 

Dalam malu-malu aku nak wish,
dua kali jugak la aku wish kat mama aku..
tapi sampai sekarang aku duk dalam bilik tamau keluar takut terserempak kat mama aku.
hihi bodo kau nih tau =.="

Kenapa aku malu?
Sebab aku ni nampak je kasar tapi boleh di katakan hati aku ni
hati ke ibuan 
eh!! tetiba plak.....
hati tisu lerr (^-^)
Kalau aku wish dedepan mesti air mata aku nak meleleh.
Sedangkan aku wish kat pesbuk pon air mata aku dah meleleh..


Walau macam mana pon aku doakan mama aku panjang umur,di kurniakan kesihatan yang baik dan dia ceria selalu.Mama la yang basuh berak aku dulu,kasi susu yang berkhasiat dan tak lena tidur malam sebab aku praktis vocal memalam *menangis*
mungkin di sebabkan tu la aku di kurniakan vocal yang agak tinggi.
*tetiba*

Kepada semua yang masih mempunyai ibu,mama,amak,mummy,ummi dan sebagainya:)
hargailah mereke sementara stock masih ada mereke masih ada..
kasih sayang ayah sepanjang masa 
kasih sayang ibu membawa ke syurga..
aku bedal je pepatah kat atas ni..
dak upsr,pmr n spm jangan terpengaruh dengan pepatah aku di atas..
=.="








Perempuan bertudung sempurna,perempuan tak bertudung?


Aku dulu pengguna YM tegar dan aktif dalam chatroom.
Banyak yang buruk dari yang baik main YM ni.
Di senangkan cerita takde faedah la.

Aku main YM ni dari form-4
Tapi tak berapa aktif masa tu,
bila sambung belajar lagi la takde masa nak ngadap.
Aku masuk chatroom sesaje nak maki orang,buat orang sakit hati
*padahal memula aku masuk aku dah kena buli dulu*
Tapi apadehal..aku tak ambik port pon dorang maki ke ape:)

Makin lama makin ketagih nak masuk room.
Memang best la tengok budak-budak hati tisu masuk room kena maki.
Sian tu memang la tapi kalau dah masuk room hati kena kental.
Kalau hati mak nyah toksah masuk la.
Nanti jadi bahan lawak plak.

Tapi lumrah hidup,
kat mana kita pergi mesti ada manusia yang suka menjatuhkan hukum pada orang lain.
Tapi kesalahan sendiri dia tak nampak plak.
Kalau aku ingat-ingat balik memang lawak la.
Geng setia aku dalam chatroom 2 orang, 
AUNI GOJES & QILLA

Kalau sorang kena maki memang kitaorang bekap gila-gila sampai orang out dari chatroom.Aku baik sikit la dari si auni tu lagi kejam 
*korang harus percaya*
 1 day tu entah macam mana ada sorang hamba ALLAH ni p add facebook qilla.
Boleh lak dia masuk chatroom and jaja sal qilla ni konon kaler rambot sembahyang tak sah.
what the hell la minah ni.sakit otak ke apa?

Ok fine kau nak jadi ustazah tapi cara kau tu betol ke?
nak aibkan orang tapi salah sendiri tak sedar.
Hati mana tak terbakar beb member kena macam tu.
Aku pon pernah kaler rambot tapi tak buat lagi 
tu pon sebab ada orang tegor cara baik
so hati ni mudah la nak terima.

Dia tu dalam chatroom melucah tapi bila aku tego dia cakap
*takpe la melucah dalam room bukan buat betol-betol pon*
kalau dah cetek pemikiran tu jangan nak belagak pandai.
Ntah dari mazhab mana dia belajar melucah tu takpe..
Kesian kat abang dia sebab bekap adik dia kaw2.
ha yela
*kubur masing-masingkan*
lantak kau la. 

Aku tau la kau tu bertudung sempurna la kan bagi pandangan lelaki,
Aku tau aku tak bertudung dosa
tapi aku bukan la manusia yang suka meng-aibkan orang lain..
Kalau kau rasa kau pakai tudung tu menjamin kau masuk syurga tahniah la:)
Perempuan tak bertudung ni semua masuk neraka la ye?

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL





Pengalaman di apartment ria genting highland *kisah benar*


Mengada pulak nak naip kisah benar kat title..hehe
tapi kalau aku tak buat macam tu korang tak caya lak..
Kejadian ni berlaku 3tahun lepas.
korang tak caya tayah baca.huh!

Kali ni aku buat entry pengalaman seram di genting highland.
Dari sebok cerita sal isu dara..opss!!
yang sudah tu sudah la ye jangan di hebohkan lagi.
kalau nak heboh p la jum heboh ok:) 
 
Korang pernah jejakkan kaki kat apartment ria?
Apa yang aku tau,masa aku pergi tu orang luar tak di benarkan sewe kat situ lagi.
Tapi kalau korang ada no tel owner apartment tu merasa la sewe kat situ.
Kalau pergi reramai sewe kat situ berbaloi la jugak sebab takde la mahal sangat.
Tapi kalau nak pergi sana lepas ni aku tak nak duk apartment tu lagi.
ni semua sebab kejadian 3 tahun lepas.
Aku ada kelebihan merasa benda TU so setiap kali ada bende pelik jadi,
memang aku dah lari dulu:)
 
 Masa nak tidur aku ngan kawan2 yang lain dah perasan,
langsir gerak kencang semacam padahal tingkap dah tutup rapat serapat mata member aku.
Dia takut sangat sampai sanggup tahan kencing.
Masa tu aku tak ambik port lagi tapi yang peliknya kul 2pg dengar budak kecik jerit-jerit dari arah theme park.KEMON la kawan-kawan.Theme park tutup kul 8 paling lewat.
Ape kejadahnya budak-budak nak tidur lelewat kul 2pg.
Kalau mak bapak dorang tu aku paham la *tutup muka*
 
Kejadian ke-dua,pintu dah kunci rapat siap test sebelum kunci tapi masa kitaorang berborak tetiba pintu tu terbukak..
Dah la takde sesapa yang bukak lak tu.
Sempat jugak la bisik kat member sebelah
*aku rasa ni jin ahmad albab kot,tu yang dia duk main pintu*
 
Kejadian ke-3 dia p kacau member bilik sebelah pulak..
Bende tu lalu lalang kat bilik dia siap terbang dari satu tempat ke tempat lain.
Siap kacau orang tidur.Aku rasa dia tak nak member aku tidur awal la kot.
Bende ni pon satu,duk kat genting tak puas berhibur ke ape sampai nak kacau orang lain.
 
Kejadian ke-4 dalam satu tingkat cuma ada 4 rumah je.
Tapi masa kitaorg berkumpul kat ruang tamu ada la berpuluh-puluh kali bunyi lift terbukak.
mula-mula tu takde la nak tengok tapi dah banyak kali sangat member aku sorang ni bukak pintu.lift je bukak tapi orang NON ADO.
ni kira spesis jin ahmad albab jugak la tp dia naik pangkat jaga lift.

 
Kejadian ke-5 tiba-tiba terbau bende busuk sangat.
sangat-sangat meloya kan tekak.
tapi kali ni aku yakin bukan BENDE tu yang ganggu.
tapi kawan aku yang tahan kencing tu dah melepaskan hajatnya.
tahniah buat anda..

Pengalaman 3 tahun lepas tak kan aku lupa.
sampai sorang member aku ni kena berubat.
BENDE tu melekat kat badan dia.
Memang tersekse gila aku tengok dia.
Sebelum merancang percutian siasat la dulu tempat tu ok ke tak.
kalau nak tau cerita misteri di apartment ria korang gugel je.
ramai jugak yang cerita pengalaman masing-masing.






 
 


Aku Bukan Dara

Walaupon agak k'tinggalan nak cite sal hal ni
tapi nak jugak buat entry sal 

sekali imbas aku baca title entry ni macam filem aku masih dara lak kan:)
tapi kali ni terbalik..
Aku kesian gila kat budak ni.
Umur 14taon tapi dah tak...err baca sendiri la statement dia.


  *pic pinjam dari mista gugel*

Memang la dia tu buat salah tapi yang aku tak paham,
kenapa semua pakat hentam dia beramai-ramai?
dia tu umur setaon gandum coco crunch,memang la pemikiran cetek.
Tapi kita yang lebih tua dari dia komen bende yang tak membina kenapa?

Mula-mula aku baca pon aku cakap 
*teruk betol budak ni akal buh kat bontot*
Tapi takde la aku komen kata-kata kesat kat dia.
cuba korang renung-renungkan,

Korang dah komen dia kutuk gile sawan,
tak lama lepas tu korang berkawin dan ada anak.
Di sebabkan korang selalu mengutuk dan menghine orang lain,
tetiba anak korang pon jadi macam tu.
so how?
apa perasaan korang kalau anak korang kena macam tu?

Walaupon korang emo gile baca entry-entry dia,
sekejap ngan lelaki ni,sekejap ngan lelaki tu,
pastu semua lelaki yang dia suka dia kata comel
*walaupon tak*
tapi apalah salahnya korang komen berunsur nasihat kat dia.
tak rugi papepon kan?

Kalau korang tak kesian kat dia,
korang hormati la perasaan kedua ibu bapa dia.
kita mungkin tak buat perkara yang budak tu buat 
tapi sebagai manusia kita pon ada buat salah jugakkan:)

Semoga adik daten ape kejadah ntah nama dia tu,
insaf dan berhati-hati memilih pasangan.
Sekolah sampai abez dulu dik,
nanti dah abez skolah ramai lagi lelaki kat luar sana.
setakat budak sekolah apa sangat dik
dating pon guna duet mak bapak lagi.


:)






 

Emosi Day

Semalam bertolak dari umah ke putrajaya kul 11pm..
SEBAB APA??
sebab mak aku lari umah pergi bercuti ke china dengan adik beradik dia 
dan ada la berberapa sekupu yang belot pergi bersama..
gGrrrrrrrrrrrrrrrrr <==marah sangat.. * bak kata bangbil*

Sebagai anak solehah dan mithali aku pon salam la mama 
sambil ciom banyak kali sampai mama aku cakap
* dah tayah nak ciom banyak kali.no more baju,almari tu dah penuh*

Aku pelik tol macam mana mama aku boleh tau nawaitu aku nih=.="
lepas dua tiga inci aku berfikir rupanya baru la aku tau 
akukan anak dia so dia tau la perangai aku macam mana:)
pasni tak boleh la abang aku cakap 
*eeii ko itam,anak pungut dari ladang estate,p main jauh-jauh*

Lepas dah lambai-lambai semua jemaah ke china tetiba mata berair.
OMG!
da besa-besa pon aku tak leh terima mama nak berjalan jauh.
tapi pas abang aku cakap
*mama takde boleh berjalan sakan..weeee*
terus aku tak jadi nangis siap plan nak gi sini dan sana dan tepi sana blah kiri sikit.

Di sebabkan niat yang buruk itu 
terjadinya kejadian air mata untuk hari ini
di mana meow gemuk kaler coklat bernama alif
TER-cakar kat tangan aku
yang paling sadis terkena urat.
tanpa perasaan segan dan silu 
aku terus pandang abang aku and nangis sepuas hati 
sambil jerit SAKIT SAKIT 
*apehal macam skema gila cara aku bercerita nih*

Alif:si gergasi gemok warna coklat..
(kat belakang ada satu lagi meow)


Lepas dah tuam ngan ais and bubuh minyak
aku pon balut tangan dengan kreatifnya
mengunakan kapas
and sellotape..


kreatif:) kan?
*buat malu st.john ambulance je balut macam ni rupa*

Yang sebenarnya ni belog untuk 2 hari yang lepas 
tapi lambat publish sebab 
malas:)
 
Nanti kalau mama aku balik aku akan balut tangan macam ni 
sambil guling-guling kata airport konon cedere parah sangat la kan =.=" 
so sweet anak mama nih:)
 LOL