Al-kisahhh

Dengan rambut berserabut muka malas comot  mintak penampar dah tak ada kerja cari kerja menyebokkan diri depan pc on FB.On je FB confirm notifications berpuluh-puluh kali ni 35++ je selalunya 90++ konon-konon rasa pemes la ramai nak komen kalah lisa surihani bila tengok balik bukannya komen pon tapi dorang mengeLIKE je.=.="

Aku tengok orang yang post status kat wall aku:

Oit.. Status ko tu bkn main lg eh.. Baik2 skit la, dlm ni ramai budak2.. Kang ape pulak mama2 die ckp... Lalalala~

 

 (sekupu aku yang post.Sebenarnya ni ayat perli.Saja je beliau tu membuat kntrovesi di pesbuk ku)


Ni yang buat aku terkenang zaman muda-muda dulu..Dulu masa aku sekolah tadika takde aku mengadap pc ni.Pc pon aku tak tau minatang apa.Aku selalu buat aktiviti luar main dengan kawan-kawan sesetan.Paling buruk perangai pon curik buah mangga jiran tapi budak zaman sekarang contoh terdekat dalam hidup aku anak sedara yang masih tadika dah ada FB..perhh semakkk

 

 Bukan tak bagus budak-budak ada FB,lagi jimat kredit aku nak tanya kabar,tanya aktiviti dia kalau sebelom ni dorang tak ada FB haram jadah aku nak koling-koling tanya kabar.Anak sedara ramai pulak tu memang tidak la nak call buat abis kredit je.Budak zaman sekarang ni memang untung.Masa aku sekolah rendah guna tepon umah je tapi anak-anak sedara aku ni dah ada fon yang tak boleh blah fon lagi mahal dari aku pulak tu =.=" menghabiskan duit mak apak je(ececehh padahal jelez) 

 

 


Bila budak-budak kecik yang tak tau pape ada FB mula lah AKAK ni kena behave nak buat ayat panas dengan kawan-kawan pon tak boleh.Nanti mamanya kata mempengaruhi permikiran budak-budak pula.Bukan nak bela diri tapi belum penah dalam sejarah aku dengar budak sekolah tadika belajar ayat babi,bodoh dari FB..so dorang belajar dari mana??aku bole bet la dari sekolah.Kawan-kawan cakap babi,bodoh kau pon ikot kan kan...??heh

 

Budak kecik yang ada FB seharusnya ibu bapa yang pantau.Kalau jadi apa-apa jangan salahkan orang lain tapi salahkan diri sendiri.Kalau budak tadika ada FB gila tak masuk akal.Untuk apa??Nak main game??Lebih baik suruh study la.Tak pon bawak ke taman main ngan kawan-kawan.Nak kata sebab chat ngan cikgu tanya pasal homework??Potong jari lah memang tidak!Apa bagusnya budak-budak ada FB selain menjimatkan kredit aku tanya kabar?Macam la aku tak bole tanya kabar dari mak apak dia..

 

 

Yang paling BAGUS bila kita komen "blaja rjin2 nnt dah besa blnje mksu psing-psing dnia jgn nk berpesbuk je" dan di balas dengan "apa maksu cakap tu tak pahamlah" haaa nice..Kena buat siaran ulangan betolkan ayat tadi tak pon abaikan komen tadi.Bila time exam mula lah budak-budak kecik ni menaip gaya dalam FB.Nak salahkan sapa??Bukan aku suruh dorang buat fb pon.So mak apak sila fikir dulu sebelum bagi budak bawah umur ni berfb ok..Tak pon mula la dari bawah dulu.

 

Macam aku bermula dengan main masak-masak sampai terbakar baju member,lepas tu main lari-lari sampai kaki berdarah dan nangis-nangis macam cedera parah.Masuk sekolah menengah baru main myspace.Bila dah bosan dengan myspace buat YM pulak dan rasa diri tu besar(^-^) baru buat FB and last sekali blog ni:D Coming soon dah kawin bz main lain..eh eh behave-behave!!=.="

 

 

 

 Kesimpulannya perlu ke budak halussss sebesar ikan bilis ni ada FB??



 

Kerana mulot ...

Kita abaikan dulu post berkampung sakan tu enty ini lebih hangat dari hot fm..Bermula la kisah hidup si gadis yang teraniya dalam kesusahan.Kan best ada wonderpets.Merepek kau!!Seperti biasa aku ni jenis yang rapat dengan semua orang tapi susah aku nak berkawan bukan sombong tapi pengajaran menjaga mengaja aku erti berhati-hati.(caya la miak!!)


Seperti biasa aku yang lemah lembut (ok part tu tipu) menerima salam perkenalan dari seorang gadis yang lebih tua dari aku.Aku 21 belum masuk lagi belum belum..dan dia 27.Perbezaan umor pon dah menampakkan aku ni cantik(adegan perasan yang buat mata pembaca bebulu)err menampakkan aku muda..Atas sebab hormat aku sentiasa menasihati dia.Ha pelikkan??Aku nasihatkan dia tu..




Cantik sebab tu semua laki suka dia..kan kan??

Bukan aku tak nampak sifat buruk dia yang kaki jantan tu.Tapi bagi aku selagi dia tak melibatkan aku,aku malas nak masuk campur.Tu prinsip aku..aku tak kacau kau,kau jangan kacau life aku.**MENDENGUS** Tapi sape tak bengang kalau di fitnah??kerana mulut sexy eh memang tidak la kalau tajuk entry kerana mulot sexy di kata kan hot storykan kerana mulot badan binasa so berhati-hatilah bila nak berkata.


Sebelum ni akak angkat aku tu kalau kuar dengan memana lelaki dia mesti ajak aku.Tak tau kenapa mungkin nak tunjuk ramai laki suka dia tak pon think positif takut lelaki rogol dia.Positif la tu kan??Aku penah nampak kat umah dia ada pic kawen.Maybe dia perasan aku nampak pic tu dah lama-lama dia cerita yang dia penah berkahwin dulu lepas tu dah bercerai.Lepas tu dia kata makcik and pakcik dia tinggal kat rumah dia.(ayat tunggang tanggang)Sepanjang aku pergi rumah dia tak pernah aku nampak makciknya.Pakcik dia kononnya tu penah la nampak tapi tak lama lepas tu dia keluar.Kata jela kau tak cerai lagi..perlu ke menipu??huh


Sebelum ni dia banyak memainkan lelaki sampai aku rasa simpati kat lelaki yang kena tipu bujur-bujur ngan dia.(bosan dengan perkataan bulat)Tapi aku diamkan aja sampai lah mangsa terbaru dia ni muncul.Katanya dia tasuke(ayat comey) lelaki tu tapi jalan pegang-pengang tangan pelok-pelok pinggang.Tu tak couple kalau couple macam mana entah.Yang paling aku bengang dorang tetiba menyebok pasal hal aku.Dorang punya mulot longkang ni mereport kat incik A mende yang aku gurau-gurau dengan dorang.


Aku bergurau dorang pergi mereport buatkan incik A dah fikir masa kami bersama aku ni curang.Kepala keretapi mereke la nak merosakkan hubungan kawan aku ngan incik A pulak.Sebelum ni ada lah dua tiga orang yang kata betina(ayat lembut sudah keluar) tu minat kat incik A kalau dah suka kenapa perlu memburukkan nama aku?Dengki lelaki ensem semua suka aku yang sisa-sisa aku tak layan semua suka kau??Tapi tu pon kau bangga.Porahhh hal kau sikit pon aku tak nak ambik tau.


Ikotkan bisikan setan ni nak je aku bukak aib apa yang kau dah buat.Dah la konon-konon suruh aku pakai tudung.Nasihatkan aku tu bagus tapi kalau pakai je tudung tapi buat maksiat sana sini kira bagus ke?Bukan ke memainkan agama namanya?Sekurang-kurangnya aku tak pakai tudung tapi takde lelaki penah tengok tubuh badan kau dari atas sampai bawah.(masa kecik-kecik tak di kira tetek tak tumbuh lagi)heh..


Yang jantan kekasih(KOT) betina tu boleh pulak ayat dia macam perasan aku suka dia.OMG!!sila cermin diri kau dulu atau pon cermin umah kau dah retak dan perlu beli baru??Kalau nak aku boleh belikan kat mydin dapat extra 3 cermin.Dia lupa or buat-buat lupa dulu dia penah mengayat aku dah tak di LAYAN.**siaran ulangan** TIDAK DI LAYAN!!

 Muka macam ni konon nak kata aku suka dia..
**muntah hijau**
bukan nak menghina tapi sekurang-kurangnya sila sedar diri..TQ



Di sebabkan malas nak layan manusia bersifat keperibinatangan ni so aku malas nak berjumpa bukan takut tapi aku yang baik ngan dia pon dia boleh mengata belakang kalau aku jumpa benda ni takkan habis.Kalau dia rasa dia nak bercakap teruskan.ADA AKU KESAH??bak kata appa a.k.a shahilah sabar jela.Kita tak buat pape pon orang masih bercakap so biar lantak dia nak cakap apa.btw thanks appa..lega lepas borak ngan appa tadi:D **SENYUM MENAWAN**




*************

SILA ABAIKAN AYAT BERTERABUR DI ATAS..
READER AND STALKER SILA BERI PENDAPAT ANDA WHAT SHOULD I DO??..
TENKIU(^-^)

Filem dua alam yang HEBAT

Tadi aku keluar dengan incik silat dan incik nasz.First time jumpa incik nasz dah boleh ngam.Tapi incik nasz tak berapa nak sihat so macam tak yakin je dia boleh tengok wayang or screen tu tengok dia.Tapi dia masih gagah melayan cerita tu dari incik silat yang sebok melayan anak ikan kat fon dia.Siap tanya banyak kali "dalam cerita tu dia perempuan ke laki ni??"Ok da nama pon cerita dua alam mesti la tukar jantina incik silat Oiii..dari lelaki nak jadi perempuan.Kalau perempuan jadi laki nak potong celah mana??Baru start movie dia da buat lawak x_x

Mula-mula aku tengok cerita tu aku dah pelik.Kononnya incik nasz beli tiket tengok cerita harry potter padahal beli cerita dua alam.Ok tipah tertipu..redha dengan ketentuan ilahi aku fokus tengok screen.Cerita tu start dengan menda taip entah hape-hape malas nak fokus badan yang tegak tadi dan ke bawah.

Nak di ringkaskan kenapa cerita ni hebat??First dia memperkenalkan diri dia dalam filem tu sebagai DATUK DR. HJ. CHE ROZMEY CHE DIN..Walaupon orang kenal dia as a DR ROZMEY dan tak belakon untuk filem tu tapi nama dia lagi meletop dari artis yang belakon dalam cerita tu.oK hebatkan??

Target filem ni berjumlah 40juta..Perhhh hebat kau Dr rozmey..Filem melaysia yang lain pon cuma dapat 10 juta ke bawah cerita kau sampai 40 juta?haa nice..(tapi kau untung incik nasz da dermakan 3 tiket untuk capai target 40 juta tu) ouh tidakkK HEBAT!!

Ayat DR ROZMEY:penonton akan keluar dengan air mata,jika tidak mungkin akan dipapah atau pengsan.Masa aku keluar dari wayang tu memang keluar air tapi air hidung bukan air mata.Naik selsema aku duduk lelama tak dapat feel plot cerita tu.Disebabkan incik nasz yang belanja so aku tak sempat nak pengsan tengok cerita tu.Seharusnya incik nasz la yang akan menangis dan pengsan sebab melaburkan duit untuk tengok cerita tu..haha btw terima kasih incik nasz(^-^) Hebat (sambil tnjuk ibu jari macam trademark kacang tu)

Dan yang paling gempak dan hebat masa tengok cerita tu aku rasa macam tengok konsert amy search and vidio klip kat astro selalu tayang tu.Tak pernah ada cerita yang mainkan lagu sampai habis tapi di filem DR ROZMEY korang akan merasai seperti tengok video klip and berada di konsert.Hebatkan??(Masa tu aku,incik nasz and incik silat dah bantai gelak)


Poster amat penting untuk buat promosi filem.Tercipta di dalam sejarah hanya filem DR ROZMEY tidak ada masalah buat poster.SEBABNYA??dia telah menciplak dari poster cerita THE EXORCISM OF EMILY ROSE dan cuma tambah muka pelakon je.Dan yang paling best poster filem dia yang lain cuma ada pic DR ROZMEY sahaja.Ada korang tengok david teo promot diri sendiri dalam poster??HEBATKAN??


perhatikan betol-betol..sempoiiii..agaga



 david teo tak buat..hanya DR ROZMEY buat..HEBAT!




Cerita ni mungkin boleh sampai target 40 juta??Ini serious!!dia boleh dapat 40juta sebab dia dah menjimatkan kos buat filem ni dengan adanya vidio klip tak di undang dan flashback yang akan di ulang 2,3 kali.FuyoooOHHH HEBAT..(Yang tak boleh blah scene kawin yang buat aku and incik nasz confused)=.="


Kalau ada sesiapa sudi mendermakan duit untuk membantu DR ROZMEY mencapai target 40 juta untuk filemnya..sila la ke panggung  wayang yang berhampiran..agaga


 

 

sexys my name yea sexys my name

Aku tengah EXCITED nak balik kampung tercinta esok..yabedaabeduuu!!Konon-konon semalam tacing buat entry tak dapat jumpa sekupu termasham tersayam padahal dia pon tak jadi balik kampung maknanya dia akan balik ujung minggu ni.hey sekupu-sekupu geng menyetan (^-^)

Di sebabkan semangat nak balik kampung esok aku bangun awal pagi hari ni berkat doa incik A yang selalu nak aku tido awal and bangun awal.eH!mencik tau you ni kata sayang i,So suka hatilah i nak bangun lewat..pergi main jauh-jauh!!yang sebenarnya incik A tak kisah pon aku bangun pukul berapa.dia tau cik awek kuat tido.Agaga 


tittittttt..bunyi apa ntah tu.."2 inci kemudian"..tititttt..ah sudah..baru aku teringat sekarang aku dah pakai I PHONE TOUGH LIGHT.Patutlah fon dah tak ada bunyi lagu lagi.Incik A message "busyuk pipi bulat"..tetiba je dia anta message pepagi buta.Macam tau-tau je aku dah bangun.Lepas berbalas message sepatah dua kata datang pulak semangat nak kemas umah.

Bukan senang nak tengok aku datang rajin yang teramat(datang bulan tu adalah sebulan 7 hari:P ).Basuh baju sampai dua kali (gila banyak tak basuh) kemas bilik,basuh bilik air,lipat kain puan mama,basuh dapur and kemas ruang tamu a.k.a playground anak sedara aku.Banyak mainan dia je nyepah.eH tak baik merungut kang kurang pahala tolong kemas umah.mencarut dalam hati takpekan??:p

Dalam keadaan basah..sexy ke??


 kuat menyepahkan umah aku dengan mainan yang dah hancur

 
Dari pagi Mengemas dengan peluh-peluh macam baru balik dari sawah aku menaip entry ni.titittt (gila tak glamor bunyi fon aku sekarang) Incik A message lagi..Busyuk stop kemas pergi makan dulu..Bab nak mengemokkan badan aku no 1..tititttt..mesti berpeluhkan??sexynya..Uiks..berpeluh pon sexy eh??Masam-masam macam ni dia kata sexy? Pelik betol pemikiran lelaki.


Aku pernah baca dalam satu majalah mana ntah dia kata tulis kalau perempuan dalam keadaan basah lelaki yang tengok akan berasa ghairah.Auch..malu i..lepas ni kalau hujan dan dan tu jugak aku nak main hujan sebab nak tekel incik bujang depan umah blah kiri sikit..Weewittt(buat muka miang sikit)Tittittttt..huk uluh tau-tau je cik awek ada niat buruk dan-dan message incik A masuk...dengar lagu kat flyFM now!!




so what's your name hey baby what's your name oh yeah
 
sexys my name yea sexys my name
 
 


Nama aku mia myra la bukan sexy sexy jadah tu..Aku sopan tau.agaga ok la nak rehat-rehat merenggangkan otot yang sengal-sengal setelah bertahun tak mengemas(melampau la bertahun) rasa tak nak mandi la baru la sentiasa sexy..kihkih ok la chow nak keluar ngan incik A (^-^)

ouh sekupu ku:(

Eh da raya ke??macam tak caya je..kenapa tak ada budak assalamualaikum mintak duit raya?Mana kuih raya??Banyak cantik setaon dua kali nak bagi duit raya.Mau kopak tabung ayam aku nak bagi duit doposen kat budak-budak.

Sepatutnya bila raya orang yang dah besar la dapat duit lebih.Budak sekolah mana boleh pegang duit banyak-banyak.Kang mula la beli benda-benda tak berfaedah.Eh!tu raya aidilfitri bukan aidiladha ye.Raya haji ni budak-budak tak berapa gembira.Mak budak yang happy semacam sebab dapat bekalan stock daging lembu untuk sebulan.Jimat duit dapor ye puan mama:D 

Di hari raya yang mulia ni dengan takbir raya dan membuat blog sambil nyanyi lagu dayang ku intan senandung hari raya.Betapa syahdunya nyanyi lagu raya di sertai air mata and air hidung yang keluar.Ouh mummy and daddy i miss u bebeh..

Malam tadi sekupu-sekupu on9 tanya kak mia tak balik kampung ke??Kata nak mandi sungai sama-sama,Ambik gambo kat reban arnab and posing atas lori.Aduh bertambah sedih pulak tak dapat berkumpul dengan sedara mara.(Anak sedara pon panggil aku akak..panggil maksue la!!)

 (abg sekupu tersayam(^-^) )


 (di malam raya bersama sekupu)


 (lepaking bersama skupu)


 (menjalang-jalang bersama skupu)


(berpoyoran)
(kebontotran dan kebantotran)

Jumaat ni aku balik ke kampung tapi sekupu-sekupu semua dah balik ke umah masing-masing:(sob sob..sampai ati korang ye.Tapi takpe adikmok ada so masih boleh berjoli sakan kat kampung nanti..ehem ehem fatin athirah,balqis sofea and elly marsila baru nak ajak korang main snoker tapi tak dapek la kan:P



on9 fb baca komen appa-u make me smile appa (^-^)



(webbie dengan orang gilak..agaga )



(my lessy setia teman mia chatting walaupon da golap..)


************

p/s: buat bonda dan ayahanda,,anakanda akan pulang beraya di kampung halaman jumaat ni.-dr anakanda yang berada di argentina.waka waka eh eh..nanti anakanda hadiahkan VUVUZELA:D Agaga

RayA RAyA

Kalau raya cina ada kepala naga tapi raya haji ada kepala lembu:D mana lagi ganas??hehe ^-^ di hari raya yang mulia dan di iringi takbir raya yang menusuk hati aku telah di tinggalkan terkontang kanting bersendirian dengan abang di rumah.Duduk dengan abang mati kering la aku.Bukan dorang reti masak tuk adik kesayangan ni.Aku malas nak masak kang beraya kat toilet lak memasing.


Dah la phone SE aku rosak terpaksa aku beraya dengan fon baru I PHONE TOUGH LIGHT.Tak dapek langsung den nak berghayo sakan ambik-ambik gambo upload kat blog and fb.Selamat la mata korang Kalau tak mau tumboh cendawan kat mata tengok aku posing lebih.Macam aku sorang ada camera =,=" 


Di malam raya ni aku menJALANG-JALANG kat up town danau kota.Suasana meriah gila sebab ramai orang.Barang pon macam-macam ada tapi tak banyak pilihan sebab kebanyakkannya barang yang sama je jual.Barang yang lain dari yang lain yang jual kat situ keroPORK,baju PORKadot,mee clayPORK..ada yang berminat??


Walaupon hari ni hari raya haji tapi aku nak minta maaf andai kata sepanjang aku menaip kat blog ni terkena kat memana pihak yang terasa..padan la muka..!!Agaga 



GOODBYE MY LOVER..GOODBYE MY FRIEND



[apa jadi lepas tu??]


[selepas itu??]
bawah lagi....




















































































































dan bawah lagi:D ewahh ewahhh
amboi marah nampak (^-^)


















































































































































































































 tadaaaaaaaaaaaaaaa...jadi la macam ni..=,= hehe



[selamat hari raya aidiladha reader and stalker]