Filem dua alam yang HEBAT

Tadi aku keluar dengan incik silat dan incik nasz.First time jumpa incik nasz dah boleh ngam.Tapi incik nasz tak berapa nak sihat so macam tak yakin je dia boleh tengok wayang or screen tu tengok dia.Tapi dia masih gagah melayan cerita tu dari incik silat yang sebok melayan anak ikan kat fon dia.Siap tanya banyak kali "dalam cerita tu dia perempuan ke laki ni??"Ok da nama pon cerita dua alam mesti la tukar jantina incik silat Oiii..dari lelaki nak jadi perempuan.Kalau perempuan jadi laki nak potong celah mana??Baru start movie dia da buat lawak x_x

Mula-mula aku tengok cerita tu aku dah pelik.Kononnya incik nasz beli tiket tengok cerita harry potter padahal beli cerita dua alam.Ok tipah tertipu..redha dengan ketentuan ilahi aku fokus tengok screen.Cerita tu start dengan menda taip entah hape-hape malas nak fokus badan yang tegak tadi dan ke bawah.

Nak di ringkaskan kenapa cerita ni hebat??First dia memperkenalkan diri dia dalam filem tu sebagai DATUK DR. HJ. CHE ROZMEY CHE DIN..Walaupon orang kenal dia as a DR ROZMEY dan tak belakon untuk filem tu tapi nama dia lagi meletop dari artis yang belakon dalam cerita tu.oK hebatkan??

Target filem ni berjumlah 40juta..Perhhh hebat kau Dr rozmey..Filem melaysia yang lain pon cuma dapat 10 juta ke bawah cerita kau sampai 40 juta?haa nice..(tapi kau untung incik nasz da dermakan 3 tiket untuk capai target 40 juta tu) ouh tidakkK HEBAT!!

Ayat DR ROZMEY:penonton akan keluar dengan air mata,jika tidak mungkin akan dipapah atau pengsan.Masa aku keluar dari wayang tu memang keluar air tapi air hidung bukan air mata.Naik selsema aku duduk lelama tak dapat feel plot cerita tu.Disebabkan incik nasz yang belanja so aku tak sempat nak pengsan tengok cerita tu.Seharusnya incik nasz la yang akan menangis dan pengsan sebab melaburkan duit untuk tengok cerita tu..haha btw terima kasih incik nasz(^-^) Hebat (sambil tnjuk ibu jari macam trademark kacang tu)

Dan yang paling gempak dan hebat masa tengok cerita tu aku rasa macam tengok konsert amy search and vidio klip kat astro selalu tayang tu.Tak pernah ada cerita yang mainkan lagu sampai habis tapi di filem DR ROZMEY korang akan merasai seperti tengok video klip and berada di konsert.Hebatkan??(Masa tu aku,incik nasz and incik silat dah bantai gelak)


Poster amat penting untuk buat promosi filem.Tercipta di dalam sejarah hanya filem DR ROZMEY tidak ada masalah buat poster.SEBABNYA??dia telah menciplak dari poster cerita THE EXORCISM OF EMILY ROSE dan cuma tambah muka pelakon je.Dan yang paling best poster filem dia yang lain cuma ada pic DR ROZMEY sahaja.Ada korang tengok david teo promot diri sendiri dalam poster??HEBATKAN??


perhatikan betol-betol..sempoiiii..agaga



 david teo tak buat..hanya DR ROZMEY buat..HEBAT!




Cerita ni mungkin boleh sampai target 40 juta??Ini serious!!dia boleh dapat 40juta sebab dia dah menjimatkan kos buat filem ni dengan adanya vidio klip tak di undang dan flashback yang akan di ulang 2,3 kali.FuyoooOHHH HEBAT..(Yang tak boleh blah scene kawin yang buat aku and incik nasz confused)=.="


Kalau ada sesiapa sudi mendermakan duit untuk membantu DR ROZMEY mencapai target 40 juta untuk filemnya..sila la ke panggung  wayang yang berhampiran..agaga


 

 

1 comment:

Unknown said...

ko nak bg bp bintang?