Apabila si gadis menangis??

Di lahirkan dengan mempunyai 2 abang,seorang kakak dan lebih rapat dngan abang berbanding dengan kakak sudah semestinya aku lebih kasar.Tapi dalam kekasaran ada jugak sifat perempuan yang terserlah iaitu menangis..**malu untuk mengakuinya** =.=" dah perempuan tu perempuan jugak la kan:P
# 1 #

MENANGIS KERANA KECEWA

Aku pernah bercinta dengan sorang mamat lagi tua dari aku,tapi tapi tapi malangnya cinta tak kesampaian sebab aku rendah dia tinggi..**takde kena mengena**  Walaupon aku yang minta putus tapi aku nangis jugak.haha sedih la dey!!bak kata orang,cinta bukan untuk di milikikan?Lepaskan dia kalau itu yang terbaik:)

# 2 #

MENANGIS KERANA DI DUSTAI

Kali ni bukan pasal cinta **naik mencacak bulu ketiak aku kalau cerita pasal cinta je** apabila persahabatan yang dah lama kita bina tiba-tiba kena tipu.Tak ke sakit hati??Aku lebihkan kawan dari BF dulu tapi biasa la ada kawan yang time senang bersama bila susah hilang entah kemana.HELL ouw~~ pergi jahanam 

# 3 # 

MENANGIS KERANA DI TINGGALKAN

Bukan di tinggalkan kekasih tapi di tinggalkan sebab hantar trolly ke tempat asal untuk mendapatkan 20sen..Gila tak berbaloikan?Kejadian jahanam yang berlaku di carefour wangsa maju membuatkan aku di bahan tanpa belas kasihan olah abang aku sampai sekarang.Masa orang sebok-sebok masukkan barang dalam kereta aku hantar trolly bila aku toleh kereta dah tak ada.gila berjurai air mata  plus air hidung :( orang pandang pon aku buat derk je.20sen punya hal..adehh

# 4 # 

MENANGIS ATAU GELAK NI??

Ni adalah satu kepelirkan kepelikan blogger marya hana a.k.a my bestfriend insya allah sampai ke akhir hayat:) dia kalau gelak keluar air mata,kalau dia sedih pon dia keluar air mata.haha pelik bebenar la minah sorang tu.Kadang-kadang kalau kitaorang tengah gelak aku terpaksa tanya "eh uda nangis ke gelak ni?? "  hehe comey (^-^)

Orang kata kalau nak menangis tu jangan tahan-tahan.lepaskan je nanti baru lega.Macam aku kalau sebelum start nak berlawan mesti nangis dulu kumpul geram pastu bantai musuh tanpa belas kasihan.



**************


p/s:masa menaip belog ni adik aku kat atas katil asik sepak je kepala aku,mentang-mentang dia atas katil aku duduk kat lantai.kang ada jugak orang menangis masa tidur aku kerjakan..grrrrRR..!!

Boleh beradap sikit tak??

Hati wa memang bengkak beb,wa rasa macam nak pergi balik kat tempat orang yang cari pasal ngan wa and jirus dia ngan air bunga bagi dia berseri sikit nanti takde la kalau wa jumpa dia lagi wa nak kasi "BUAH TANGAN"..


kalau datang mood "romentika di amor" memang aku guna wa,lu HARAM MAKLONG harap maklum=.="

Di saat wa bergembira mandi manda di swimming pool sambil berjoget poco-poco dalam air bersama sekupu tercinta ** muntah ijau nak cinta-cinta bagai** sayang sudey kan..dah lurah eh lumrah,kalau lepas mandi mesti lapar,so aunty wa pon ajak la makan.

Masa nak order makan tu wa cakap la kat sorang "minah" yang kerja situ:

gadis teraniya *wa la sape lagi* :kasi cken chop 4..3 sos blackpaper .
(bukan 4-4 wa bedal ok,wa tolong orderkan je tapi satu memang tuk wa(^-^) )

minah kerek:makan ke??

gadis teraniya:eh mestilah nak makan takkan minum pulak **senyum sambil gelak-gelak** (tempat dia hanya jual makanan sahaja so korang rasa ayat dia tu betol ke tak?)

wa tak rasa wa dengan minah tu ada masalah sampai la masa nak ambik makanan boleh pulak dia layan wa macam sial,wa mintak sos and mayonis dia kasi wa botol suruh buat sendiri.ok yang tu wa ley sabar lagi sebab wa lembut hati banyak ** ok yang tu tipu sila abaikan** wa tak kesah buat sendiri sebab boleh ambik mayonis banyak-banyak=.="

Tapi masa nak blah dia jerit dari dapur belakang "kalau NAK SANGAT minum kat sini pon boleh" bangang punya manusia.belakang-belakang berani pulak cakap dedepan tak bersuara pulak.Masa tengah makan dia usha je sambil jeling.

wa beli makanan bukan bayar guna daun la weyh,wa kasi lu duit lu lagi nak layan macam cibai.macam mana nak maju kalau ngan custemer pon nak cari pasal??Boleh beradap sikit tak?

*****************


p/s:masa hapdet belog ni aku siap dengar lagu maher zain nak coolkan perasaan bengang..thanks abang maher( ^-^ ) huhu



hey jangan main-main tau!!

Kalau aku jerit hey kat umah mesti abang aku sambung hey waley waley hey waley macam lagu reshmono.Sumpah tak jadi nak marah.Terus aku gelak guling-guling sampai keluar air hingus bagai.Aku ni bersaiz kecik je sampai dak lelaki sekolah aku penah tanya ** apa yang ada pada diri kau yang besar?aku tengok semua kecik je ** kurang cioman eyh siuman betol!semua dia nak ambik tau..huh

Kalau bab gadoh ni memang dari kecik aku handal.Masa zaman aku budak hingusan sampailah dah besar jadi budak resdung pulak memang hidup aku selalu nak bergadoh je.Bukan aku cari pasal tapi orang lain duk cucuk-cucuk sapa tahan beb.

Masa zaman sekolah rendah tak padan ngan kecik tapi nak bertumbok ngan dak lelaki je.Dah tu gadoh dalam bas pulak macam dah takde tempat lain.Tak terfikir lak aku dengan badan yang kecik ni sekali kena tumbuk terkeluar dari tingkap bas.Baru padan muka nak sangat jadi superman boleh terbang ikot celah tingkap.

Bila masuk sekolah menengah ingatkan dah lemah lembut sebab dah besarkan mana pakai lagi kain sekolah kaler biru tua tu ish macam budak-budak wonderpets je bila dah sekolah menegah jadi la wondergirl.Konon nak jadi gadis idaman lelaki la tapi hambek kau aku duk bergadoh ngan budak kelas masa form 2 terbang tudung macam ayam tertanggal bulu tapi aku tak suka la nak tarik-tarik tudung ni sempat la bagi dia penumbok kat mata.Gila kentang..

Last-last budak yang aku gadoh tu jadi member:) dah kawin pon dia dapat sorang anak lelaki.Tak sia-sia makan penumbuk masa sekolah,lepas habis sekolah terus kawin.Menyesal pulak sebab tak kena tumbuk masa sekolah kalau tak aku pon dah kawin ada anak.huhu ada calon?? Fahrin ahmad sila tampil ke hadapan..heee 

Masa belajar kat kolej masih tak insaf lagi keras kepala pulak tu.Tak pernah-pernah sambut bulan puasa tanpa family masa tu kena duduk hostel.Dah kebiasaan masa duduk umah main mercun sampai kat hostel pon nak jugak main mercun baling ikot celah tingkap.Last-last warden panggil aku merangkap ketua umah yang paling tak berdisplin **muka selalu masuk bilik meeting**

Warden dah la tak garang tapi pak guard pulak hangin semacam saja nak cari pasal ngan aku.Dia kata aku tak ikot peraturan tak di benarkan main mercun kat hostel.Aku jawab la mana ada main merun kat hostel,aku dah keluarkan badan and kepala dari tingkap tu bukan kawasan hostel lagi.Tiba-tiba pak guard jadi hulk dia cekiknya leher member aku sebab member aku ada sebelah dia.Esoknya pergi balai polis buat report.huhu macam-macam hal aku buat sey.

Bila dah kerja gadoh ngan senior pulak.Mau tak hangin kalau purse korang kena curik?kalau lelaki yela tak hangin sebab dorang pakai wallet..hehe dah la purse hilang,phone aku dua-dua kena curik.Berkeperibinatangan sungguh.Last-last aku blah cari kerja lain sampai la jadi asst designer walaupon belajar dalam bidang business it.Takde kena mengena langsung belajar benda lain kerja bidang lain tapi rezeki dah ke arah tu terima je

Tak cukup ngan dunia luar kat FB and YM tu pon da jadi tempat aku cari pasal.Saja suka-suka sakat orang tapi yang dah kenal dorang tau la aku macam mana,yang tak kenal tu aku tengok sampai sakit jiwe nak membalas ayat jahanam aku tu.Hehe kalau kat ym pulak dorang siap VC maki-maki aku sambil jerit-jerit..alololo comey sungguh

Mana aku dapat perangai macam ni pon tak tau la,Puan mama cergas je incik papa baik tak suka cari pasal.Dapat anak  kepala batu macam ni.Aku tak suka la kalau perangai kita ni degil sikit orang mesti nak kaitkan dengan mak bapak.Weyh jangan salahkan ibu yang mengandung tapi salahkan bapak yang tak boleh mengandung..LOL..

Junior Masterchef

Di usia 21 tahun ni dan di lahirkan menjadi anak perempuan,bak kata orang tua ** jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak dara seorang kat umah ** Dah lumrah jadi anak perempuan mesti orang akan tanya dia reti masak tak..heh aku mesti nak elakkan dari soalan-soalan macam tu sebabnya?aku bukan tak reti masak tapi err sebuk nak masak:D hUhu TERtipu tak salahkan:P

Sesambil belogwalking ni aku pon bukak la astro.Bukan tengok astro boy tu cerita katun kanak-kanak rebena macam belogger auni afiqah layak la tengok tapi aku yang matang dan tidak bersifat kanak-kanak ** ok TERtipu lagi ** tengok astro 711 cerita JUNIOR MASTERCHEF.Memang gempak sampai terpegun.Kalau Fahrin ajak kawin pon mesti dia nangis-nangis sebab aku lambat bagi jawapan.. berangan tak perlu keluarkan duitkan apa salahnya:)


KLIK di sini **  JUNIOR MASTERCHEF **

Yang aku tau paling muda join pertandingan tu umur 8 tahun.Dia masak macam umor 27 tapi budak je lagi.Kalau aku lawan ngan dia memang cirit la aku kena nganjing.Dia masak lemak cili api aku buat air sirap je.Huhu tapi kat mesia belum ada lagi program realiti masak memasak tuk budak kecik macam aku ni.. ** TERperasan** 
Tapi aku akan berazam akan belajar masak bila dah tunang nanti sebelum kawin ** statement gatal ** yelakan takkan nanti nak suami makan makanan bibik je kang tak pepasal aku dapat madu yang tak di undang.Ada jugak jadi kes macam kat paper harini kes tetak-tetak madu.heee

p/s:AJL??boringg..

Belog pilihan

Kalau aku on belog perkara pertama aku buat mengecek komen pastu belogwalking.Antara banyak-banyak belog aku suka singgah adalah belog mereka di bawah nanti..ye NANTI..jangan pandang bawah * time ni mula la perasan seluar celah kangkang koyak* Bahaya...huhu sila halakan bebola mata anda di skrin PC or lappy anda.tenkiu :D




# 5 #
                                                        



Si gadis manis bertudung ni bernama shahilah a.k.a appa.Kenapa aku panggil dia appa?Semuanya bermula di FB.huhu banyak kenangan kami bersama di FB.Belog dia sangat-sangat simple.Dia buat belog dia ala-ala diari.Sungguh comel secomel orangnya juga. 
So tunggu apa lagi??jom singgah di belog beliau:D


# 4 #


Kalau ada baca entry yang lepas mesti ramai yang kenal siapa gadis kecik molek ini.Entry dia banyak menceritakan kisah suka duka,sakit yang di alami dan juga berkongsi kebahagiaan bersama orang tercinta.Untuk tahu cerita si gadis gojes ini?Jum serang di belog beliau si lessy a.k.a auniafiqah ku :)



# 3 #



Mesti ramai yang kenal siapa empunya belog ini.Gila tak up2date kalau tak tahu.huhu dia adalah blogger terkenal bernama hamis hanis zalikha.Aku paling suka and obses pada rambut dia.Aku belum ada kesempatan nak buat sebab rambut aku masih di paras kepanjangan bulu ketiak.**maksudnya pendek** hehe and dia mengingtkan aku kenangan dulu aku selalu terlibat dalam keja-keja fashion show,bukan jadi model macam dia tapi keja di belakang tabir as a asst dsigner.

# 2 #



OMG!dia lagi hebat dari hanis zalikha?i will say YES!belog dia,si marya hana yang simple ayat yang ala-ala lembu kena sawan and sangat-sangat mengingati teman lama.Kira dia ni bukannya jenis kawan yang tak mengenang budi la.Bagi pendapat aku belog dia boleh setanding hanis zalikha and dia juga boleh jadi model.Tengok la header pic tu.cun siot lagi-lagi incik boypren yang ambikkan ye tak??huhu




 PILIHAN PERTAMA DAN TIADA YANG OTAI SELAIN BEGER OTAI..ERK..??


# 1 #


Penah dengar blogger nama ZACK??Realiti Konspirasi??Kalau tak pernah lebih baik korang KLIK kat sini..ye KLIK <====klik la klik bkn cerita pasal KLIA tapi klik DI SITU.sila ikot anak panah huduh yang telah di sediakan.Brader Zack yang sedang sebok sekarang ni jarang nak hapdet.Dah 4 bulan tak hapdet tetiba dia hapdet 6 hari yang lepas.Terkezutt monkey sangat-sangat and aku tak baca belog yang lain-lain tapi utamakan belog brader zack ni dulu.Wa cakap taip sama lu belog dia TERBAIK..







Kuatkan semangat mu LESSY ku..**entry khas buat auni afiqah**

Eh buang tebiat apa minah ni siap ada lessy-lessy.Tak belajar agama and pergi sekolah agama ke apa minah ni....COP COP bukan coca cola tapi cop duit..eh mula dah merepek!!Sila jangan salah faham kepada insan yang lemah lembut selembut sotong ini.eh tak tak selembut kasih mama..Tetiba mama aku pon terlibat dalam kes ni..hehe yang sebenarnya,Lessy yang aku maksudkan ni adalah kawan baik perempuan so kalau kawan laki aku akan panggil teman GAY ku..Ada paham??

Entah kenapa aku rasa tak senang hati and tertanya-tanya kenapa sekarang ni fitnah dan salah sangka menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan sekarang. *ni yang aku bengang kalau nak menaip mesti rasa nak mengketeblood a.k.a mengketedarah * sambung cerita==

Baru-baru ni aku baca entry Lessy aku si auni afiqah di LINK seperti tertera di situ..haa ye situ:P *jangan gode dia ok dia my lessy* =.="  http://spoken-to-real.blogspot.com

Dia banyak menceritakan kisah kehidupan dan sakit yang dia alami...Bukan untuk minta simpati tapi belog inilah satu-satu cara dia melepaskan rasa marah,sedih dan bersyukur atas setiap perkara yang membahagiakan dia sampai la satu ketika apabila setiap penulisannya di belog di salah ertikan oleh seseorang yang tidak mengenalinya.

Tak ada apa yang dapat aku bantu kerana masalah kali ini melibatkan keluarganya dan keluarga teman lelakinya.Aku hanya dapat  mendoakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat bersama orang tersayang.Baby kalau ada jodoh lu ngan dia tak kemana..Kuatkan semangat untuk hadapai hari yang datang.

Nama je kami lessy tapi kalau sembang guna lu ngan wa..bertapa brutalnya kami tapi berjiwa pondan.Sensitif yang teramat.Konon kuat padahal cepat banjir.huhu Aku pelik aku yang kenal dia lama tak pernah mencari kesalahan dan kelemahan dia kenapa orang yang tidak mengenali dia cuba nak menjatuh dan menghancurkan kebahagiaan dia?

Belog dia sangat-sangat la kiut miut sekiut dirinya juga..so luang dan lapangkan masa mengFOLLOW belog dia ok.. Terima kasih membaca entry ini dan menyetalker:D

ULASAN KENAPA WANITA RAMAI YANG MASIH SINGLE..

Akhir zaman ni perempuan lebih ramai dari lelaki sebab tu ramai perempuan yang single..Ok tu kata kau..tengok pulak ulasan aku..siapa tak setuju tu kira pendapat masing-masing la kan.Lagi pon ada aku kesah korang setuju ke tak?? **blogger laki akan berkata:kerek ah minah ni patut ah takde sape nak.Jadilah kau anakdara tua** Glurp! *telan air liur*

Kenapa wanita sekarang masih single:

1) Lelaki yang baik budi pekerti tapi tidak kacak (so kena rejek la ni kan) hehe

2) Lelaki yang kacak tetapi tidak mempunyai sifat yang baik (tadi dah jumpa yang baik nak yang kacak,lepas jumpa yang kacak perangai lak macam hantu..aduyaii)

3) lelaki yang kacak dan mempunya perangai yang baik tapi gay (hoi dah ada batang paip buat apa cari spesis yang sama..bodoh betol!!patut ramai gadis yang singlekan:p )

4) Lelaki yang kacak dan mempunyai perangai yang baik sudah berkahwin (alahaii melepas)

5) Lelaki yang tak kacak tapi berperangai baik tidak mempunyai duit ( nak bercinta tak ada duit dah kawen nanti makin pasir la gamaknya)

6) Lelaki yang kacak tapi berperangai buruk berfikir wanita itu tidak cukup cantik untuknya ( eleh ada aku kesah)

7) Lelaki yang berfikir wanita itu cukup cantik dan lelaki itu berperangai baik dan mempunyai duit tapi kedekut (sapa je yang suka laki kedekut?? )

8) Lelaki yang cukup baik budi pekerti,mempunya rupa yang kacak dan berduit tapi sangat pemalu dan "never make a first move" (tak kan nak perigi cari timba kot)

9) Lelaki yang mulot manis tapi tidak mempunyai rupa yang kacak dan mempunyai duit tapi  mata keranjang (kalau laki mata keranjang lebih rela single dari bersuamikan lelaki macam tu)

yang penting kepada gadis-gadis yang belum mempunyai pasangan jangan salahkan ibu yang mengandung tapi banyak-banyakkanlan berdoa untuk di percepatkan jodoh.

p/s: ramai gadis yang single sebab aku ada bf..ada kena mengena tak??kena la kan??kena MAKI..hehe

Mencanang kisah cinta??wajar ke??

Aku bukan la orang yang suka mencanang kisah cinta aku kat satu mesia..korang bukan nak tau pon sebab BF aku bukan la pemain bola mesia..setakat pemain bola sendiri hebat la..eh ape ni lucah la!! hee Tapi aku punya suka la nak hapdet kat belog ni kang aku tak hapdet korang ingat owner belog ni dah arwah pula.. heh

Aku tahu ramai yang buat belog(belog bak kata hamis zalikha) hampir semuanya sudah berpunya atau hati sudah berpunya tapi tak ada pasangan.tu namanya syok sendiri tapi tak apa belum sampai seru cuma aku tertanya-tanya wajar ke kisah cinta di canang dan di kongsikan dalam belog?


Bagi pendapat aku belog kau memang la kau punya suka nak taip ape tapi kau buat belog tu bukan ke untuk bacaan dan tatapan umum?Aku rasa sekali dua tu ok la nak cerita pasal BF/GF kau dah lama-lama kau ingat orang suka nak baca?macam la orang lain tak ada BF/GF.Aku pon adalah!!eyh mia da tak single eyh??ok ok kalau nak tau sila baca surat khabar berita harian saya tangguh tunang ok..eh bukan-bukan tu aimie and BF dia keeper mesia tangguh tunang aku kalau tunang paling hebat pon masuk PESBUK and YM je sebab kat situ jela kami terkenal di kenali..hehe

Kalau nak taip pasal kisah cinta tu tayah la setiap kali hapdet belog nak cerita pasal BF /GFkau.Kang kalau ada yang TERsuka payah pulak.Bila dah TERsuka kau salahkan perempuan itu lelaki ini miang nak merampas..hello WTF *WelcomeTo Facebook YAWW* selagi belum bertunang atau sah jadi suami isteri maknanya pasangan kau tu belom jadi hak kau ok masih ada cop sirim bawah jagaan mak bapak lagi.Bercinta pon guna duit mak bapak konon nak caring pasal BF/GF macam dia yang bagi duit belanjan beli boxer and bra pulak.huh

Lagi satu aku terfikir la kan alangkah indahnya kalau kisah cinta kita tu orang tertanya-tanya lagi-lagi bila nak nikahkan mesti orang akan tanya mana kenal suami/isteri tu..maka dengan tersipu-sipu kalau aku la akan jawab biar la rahsia..hehe *gelak ngade-ngade tak boleh tinggal* macam akak aku masa dia nak nikah aku pon tatau mana dia kutip suami dia bila dah nikah baru la dia cerita tu pon rakam guna vidio camera lepas dia bersanding dia kata nanti anak dia dah besar boleh tengok vidio tu.Maknanya bukan untuk tontonan ramai la kan..dua tiga kali juga la aku tengok vid kawin dia tu sebab sangat-sangat romentik.

 Dah banyak membebel ni aku tau lepas ni mesti ada yang kata macam good-good je mia ni  nak bagi pendapat tapi apa yang aku rasa tu jela aku taip.Ada aku kisah kau suka ke tak??agaga TERIMA KASIH MEMBACA DAN MENYETALKER..:D

**********

P/S: Ada yang paling menggelikan ketiak bila ada hamba ALLAH yang buat kisah cinta berPART-PART siku lipat pulak..Nasib baik bukan artis kalau tak setiap hujung minggu keluar cerita cinta dia kat pacaindera(betol ke aku eja ni)erk..dah macam mami jarum pulak..hehe