hey jangan main-main tau!!

Kalau aku jerit hey kat umah mesti abang aku sambung hey waley waley hey waley macam lagu reshmono.Sumpah tak jadi nak marah.Terus aku gelak guling-guling sampai keluar air hingus bagai.Aku ni bersaiz kecik je sampai dak lelaki sekolah aku penah tanya ** apa yang ada pada diri kau yang besar?aku tengok semua kecik je ** kurang cioman eyh siuman betol!semua dia nak ambik tau..huh

Kalau bab gadoh ni memang dari kecik aku handal.Masa zaman aku budak hingusan sampailah dah besar jadi budak resdung pulak memang hidup aku selalu nak bergadoh je.Bukan aku cari pasal tapi orang lain duk cucuk-cucuk sapa tahan beb.

Masa zaman sekolah rendah tak padan ngan kecik tapi nak bertumbok ngan dak lelaki je.Dah tu gadoh dalam bas pulak macam dah takde tempat lain.Tak terfikir lak aku dengan badan yang kecik ni sekali kena tumbuk terkeluar dari tingkap bas.Baru padan muka nak sangat jadi superman boleh terbang ikot celah tingkap.

Bila masuk sekolah menengah ingatkan dah lemah lembut sebab dah besarkan mana pakai lagi kain sekolah kaler biru tua tu ish macam budak-budak wonderpets je bila dah sekolah menegah jadi la wondergirl.Konon nak jadi gadis idaman lelaki la tapi hambek kau aku duk bergadoh ngan budak kelas masa form 2 terbang tudung macam ayam tertanggal bulu tapi aku tak suka la nak tarik-tarik tudung ni sempat la bagi dia penumbok kat mata.Gila kentang..

Last-last budak yang aku gadoh tu jadi member:) dah kawin pon dia dapat sorang anak lelaki.Tak sia-sia makan penumbuk masa sekolah,lepas habis sekolah terus kawin.Menyesal pulak sebab tak kena tumbuk masa sekolah kalau tak aku pon dah kawin ada anak.huhu ada calon?? Fahrin ahmad sila tampil ke hadapan..heee 

Masa belajar kat kolej masih tak insaf lagi keras kepala pulak tu.Tak pernah-pernah sambut bulan puasa tanpa family masa tu kena duduk hostel.Dah kebiasaan masa duduk umah main mercun sampai kat hostel pon nak jugak main mercun baling ikot celah tingkap.Last-last warden panggil aku merangkap ketua umah yang paling tak berdisplin **muka selalu masuk bilik meeting**

Warden dah la tak garang tapi pak guard pulak hangin semacam saja nak cari pasal ngan aku.Dia kata aku tak ikot peraturan tak di benarkan main mercun kat hostel.Aku jawab la mana ada main merun kat hostel,aku dah keluarkan badan and kepala dari tingkap tu bukan kawasan hostel lagi.Tiba-tiba pak guard jadi hulk dia cekiknya leher member aku sebab member aku ada sebelah dia.Esoknya pergi balai polis buat report.huhu macam-macam hal aku buat sey.

Bila dah kerja gadoh ngan senior pulak.Mau tak hangin kalau purse korang kena curik?kalau lelaki yela tak hangin sebab dorang pakai wallet..hehe dah la purse hilang,phone aku dua-dua kena curik.Berkeperibinatangan sungguh.Last-last aku blah cari kerja lain sampai la jadi asst designer walaupon belajar dalam bidang business it.Takde kena mengena langsung belajar benda lain kerja bidang lain tapi rezeki dah ke arah tu terima je

Tak cukup ngan dunia luar kat FB and YM tu pon da jadi tempat aku cari pasal.Saja suka-suka sakat orang tapi yang dah kenal dorang tau la aku macam mana,yang tak kenal tu aku tengok sampai sakit jiwe nak membalas ayat jahanam aku tu.Hehe kalau kat ym pulak dorang siap VC maki-maki aku sambil jerit-jerit..alololo comey sungguh

Mana aku dapat perangai macam ni pon tak tau la,Puan mama cergas je incik papa baik tak suka cari pasal.Dapat anak  kepala batu macam ni.Aku tak suka la kalau perangai kita ni degil sikit orang mesti nak kaitkan dengan mak bapak.Weyh jangan salahkan ibu yang mengandung tapi salahkan bapak yang tak boleh mengandung..LOL..

3 comments:

Marya Hana said...

BM dlu kaw dapat A x hah..??
gile karangan ni.. ~

shahilanasir said...

bdn je kicik..tp manyak nakal ini dedi.ahahaha

Mya Myra said...

ude:B jw kot..sob sob

APPA:haha nkal cket je