Love is CINTA..??ha yang kau buat love is cinta versi songsang ke tu..??

Oh..patut la da lama tak hapdet belog rupanya dah berjumpa pasangan beruk mat yeh dia..an an an..??ITU FITNAH..!!! tajuk entry ini tiada ada kena mengena dengan pasangan beruk mat yeh aku.Eleh macam pemes je blogger mya ni.Macam la orang nak ambik tau sal boypwen dia kan..so abaikan sal pasangan beruk mat yeh dia tu..kite cerita sal lain..kam kam duduk rapat-rapat.Persetankan lagu berpacaran tu =.="

Pernah tengok tak cerita love is cinta..??

 

Aku siap gugel cari poster ni bagi korang paham,kalau tak paham jugak memang bebal la banyak makan semut lemak cili padi..

Entah macam mana dikmok datang seru bukak cerita ni so aku ngan kazen-kazen semua gigih tengok sampai kazen yang lain nak balik pon just bye-bye dari atas je.Agak pelik la kan dah mati boleh masuk roh kat jasad orang lain.tak masuk dek akal.Tapi dah nama pon cerita jangan la nak emo sangat balqis sofea..:P **dia pulak yang bersalah**

Sebelum bersantai bersama kazen-kazen aku sempat la nak buat kerja amal bersama kazen-kazen.Dengan bertemakan love is cinta versi songsang..wow i loike bebeh (^-^) 


 Watak utama P:Mya sebagai:cinta
Watak utama L:Balqis sofea:apa nama irwanshah dalam cerita tu..??LOL
** aqis sila beralah pada budak Muda ini untuk pegang watak cinta ok **



 Maka si cinta dan si irwanaesah pon di lamun cinta lalu berdetim di atas bukit.
Line clear bebeh


 Tapi apakan daya umor irwanaecah tak panjang.Cinta rilex je ziaran kubur kekasih songsangnya tanpa menangis.. **Yang pergi biarkan pergi,yang hidup perlu teruskan perjuangan cari yang laen:P **


Bila irwanaecah da meninggal maka sunyi la cinta lalu dia sing lagu tinggal kenangan dengan perasan dan muka yang sedih..=.="  tipu tak kena gaye betol..Tu la perjalanan Love is cinta versi songsang..pasti DR ROZMEY gembira dengan filem ini.Target 40juta akan tercapai.Sekian terima kasey!!
THE END

Semoga bahagia..

Tadaaaaaaaaaa...tora datang lagi..yee owner belog ini belog arwah lagi ye kawan-kawan.Cuaca sekarang memang tak mengalakkan untuk hapdet.Sebabnya..??umah aku banjir.. eh tak tak..umah aku tengah-tengah kl nampak sangat tipu.Padahal gigih membuat baja taik mata.

Bulan ni aku dah datang bulan tapi bukan mende tu yang aku nak share.Tajuk entry pon dah macam kekasih aku nak kawen ngan orang lain padahal tak ada kena mengena dengan cerita cinta aku.Eh geli tiak aku.Jangan nak bercinta-cinta sangat la kan:P

si baju putih itu sudah bertunang

4HB 2,kawan sesama menyetan dari "YM" dah pon selamat berkhatan bertunang.Dalam masa yang sama kawan baik aku masa sekolah SMART datang umah bagi kad kawin kawan baik aku masa zaman muda-muda dulu " zaman sekolah " Pucat terus muka aku baca.Dah la malu kat mama aku satu hal,dia duk pandang-pandang je macam perli anak dia ni takde orang nak.sabar ye ma,anak mama ni laku je cuma kalah sikit je dari lisa surihani.** sila muntah di tong sampah berdekatan dengan anda **

 zaman-zaman single:P

Lessy merangkap guru pendidikan sex aku si auni afiqah pon dah selamat bersalin mengambil kursus kawin.Kalau takde sawan siput semput dia datang dalam tahun ni jugak la dia akan berumah papan tangga.

Si kecik yang berdiri itu auni afiqah **apesal skema sangat ayat aku ni **

Bila dah pergi kenduri orang kawin soalan biasa wartawan yang nak jadi macam nas ahmad tu mula la terjah tanya eh kau bila lagi?dah ada bf?eh dorang tu semua gatal nak kawin cepat da memang wajib kena kawin aku ni tak berapa nak mengawan sangat nanti-nanti la tunggu dah jadi macam kimora lee simmons aku kawin la:D

 si baju biru di atas sekali itu sudah beristeri..
p/s:budak yang buat aku fobia mau bertunang ada di dalam pic ini:P

Papepon aku doakan korang kekal bahagia hingga akhir hayat.Yang bertunang tu harap-harap bersabar la dengan dugaan yang datang.Yang nak berumah tangga tu pandai-pandai la belajar memikat hati suami/isteri.Bab bertunang ni aku masih dara eh fobia lagi..haha

Apabila si gadis menangis??

Di lahirkan dengan mempunyai 2 abang,seorang kakak dan lebih rapat dngan abang berbanding dengan kakak sudah semestinya aku lebih kasar.Tapi dalam kekasaran ada jugak sifat perempuan yang terserlah iaitu menangis..**malu untuk mengakuinya** =.=" dah perempuan tu perempuan jugak la kan:P
# 1 #

MENANGIS KERANA KECEWA

Aku pernah bercinta dengan sorang mamat lagi tua dari aku,tapi tapi tapi malangnya cinta tak kesampaian sebab aku rendah dia tinggi..**takde kena mengena**  Walaupon aku yang minta putus tapi aku nangis jugak.haha sedih la dey!!bak kata orang,cinta bukan untuk di milikikan?Lepaskan dia kalau itu yang terbaik:)

# 2 #

MENANGIS KERANA DI DUSTAI

Kali ni bukan pasal cinta **naik mencacak bulu ketiak aku kalau cerita pasal cinta je** apabila persahabatan yang dah lama kita bina tiba-tiba kena tipu.Tak ke sakit hati??Aku lebihkan kawan dari BF dulu tapi biasa la ada kawan yang time senang bersama bila susah hilang entah kemana.HELL ouw~~ pergi jahanam 

# 3 # 

MENANGIS KERANA DI TINGGALKAN

Bukan di tinggalkan kekasih tapi di tinggalkan sebab hantar trolly ke tempat asal untuk mendapatkan 20sen..Gila tak berbaloikan?Kejadian jahanam yang berlaku di carefour wangsa maju membuatkan aku di bahan tanpa belas kasihan olah abang aku sampai sekarang.Masa orang sebok-sebok masukkan barang dalam kereta aku hantar trolly bila aku toleh kereta dah tak ada.gila berjurai air mata  plus air hidung :( orang pandang pon aku buat derk je.20sen punya hal..adehh

# 4 # 

MENANGIS ATAU GELAK NI??

Ni adalah satu kepelirkan kepelikan blogger marya hana a.k.a my bestfriend insya allah sampai ke akhir hayat:) dia kalau gelak keluar air mata,kalau dia sedih pon dia keluar air mata.haha pelik bebenar la minah sorang tu.Kadang-kadang kalau kitaorang tengah gelak aku terpaksa tanya "eh uda nangis ke gelak ni?? "  hehe comey (^-^)

Orang kata kalau nak menangis tu jangan tahan-tahan.lepaskan je nanti baru lega.Macam aku kalau sebelum start nak berlawan mesti nangis dulu kumpul geram pastu bantai musuh tanpa belas kasihan.



**************


p/s:masa menaip belog ni adik aku kat atas katil asik sepak je kepala aku,mentang-mentang dia atas katil aku duduk kat lantai.kang ada jugak orang menangis masa tidur aku kerjakan..grrrrRR..!!

Boleh beradap sikit tak??

Hati wa memang bengkak beb,wa rasa macam nak pergi balik kat tempat orang yang cari pasal ngan wa and jirus dia ngan air bunga bagi dia berseri sikit nanti takde la kalau wa jumpa dia lagi wa nak kasi "BUAH TANGAN"..


kalau datang mood "romentika di amor" memang aku guna wa,lu HARAM MAKLONG harap maklum=.="

Di saat wa bergembira mandi manda di swimming pool sambil berjoget poco-poco dalam air bersama sekupu tercinta ** muntah ijau nak cinta-cinta bagai** sayang sudey kan..dah lurah eh lumrah,kalau lepas mandi mesti lapar,so aunty wa pon ajak la makan.

Masa nak order makan tu wa cakap la kat sorang "minah" yang kerja situ:

gadis teraniya *wa la sape lagi* :kasi cken chop 4..3 sos blackpaper .
(bukan 4-4 wa bedal ok,wa tolong orderkan je tapi satu memang tuk wa(^-^) )

minah kerek:makan ke??

gadis teraniya:eh mestilah nak makan takkan minum pulak **senyum sambil gelak-gelak** (tempat dia hanya jual makanan sahaja so korang rasa ayat dia tu betol ke tak?)

wa tak rasa wa dengan minah tu ada masalah sampai la masa nak ambik makanan boleh pulak dia layan wa macam sial,wa mintak sos and mayonis dia kasi wa botol suruh buat sendiri.ok yang tu wa ley sabar lagi sebab wa lembut hati banyak ** ok yang tu tipu sila abaikan** wa tak kesah buat sendiri sebab boleh ambik mayonis banyak-banyak=.="

Tapi masa nak blah dia jerit dari dapur belakang "kalau NAK SANGAT minum kat sini pon boleh" bangang punya manusia.belakang-belakang berani pulak cakap dedepan tak bersuara pulak.Masa tengah makan dia usha je sambil jeling.

wa beli makanan bukan bayar guna daun la weyh,wa kasi lu duit lu lagi nak layan macam cibai.macam mana nak maju kalau ngan custemer pon nak cari pasal??Boleh beradap sikit tak?

*****************


p/s:masa hapdet belog ni aku siap dengar lagu maher zain nak coolkan perasaan bengang..thanks abang maher( ^-^ ) huhu



hey jangan main-main tau!!

Kalau aku jerit hey kat umah mesti abang aku sambung hey waley waley hey waley macam lagu reshmono.Sumpah tak jadi nak marah.Terus aku gelak guling-guling sampai keluar air hingus bagai.Aku ni bersaiz kecik je sampai dak lelaki sekolah aku penah tanya ** apa yang ada pada diri kau yang besar?aku tengok semua kecik je ** kurang cioman eyh siuman betol!semua dia nak ambik tau..huh

Kalau bab gadoh ni memang dari kecik aku handal.Masa zaman aku budak hingusan sampailah dah besar jadi budak resdung pulak memang hidup aku selalu nak bergadoh je.Bukan aku cari pasal tapi orang lain duk cucuk-cucuk sapa tahan beb.

Masa zaman sekolah rendah tak padan ngan kecik tapi nak bertumbok ngan dak lelaki je.Dah tu gadoh dalam bas pulak macam dah takde tempat lain.Tak terfikir lak aku dengan badan yang kecik ni sekali kena tumbuk terkeluar dari tingkap bas.Baru padan muka nak sangat jadi superman boleh terbang ikot celah tingkap.

Bila masuk sekolah menengah ingatkan dah lemah lembut sebab dah besarkan mana pakai lagi kain sekolah kaler biru tua tu ish macam budak-budak wonderpets je bila dah sekolah menegah jadi la wondergirl.Konon nak jadi gadis idaman lelaki la tapi hambek kau aku duk bergadoh ngan budak kelas masa form 2 terbang tudung macam ayam tertanggal bulu tapi aku tak suka la nak tarik-tarik tudung ni sempat la bagi dia penumbok kat mata.Gila kentang..

Last-last budak yang aku gadoh tu jadi member:) dah kawin pon dia dapat sorang anak lelaki.Tak sia-sia makan penumbuk masa sekolah,lepas habis sekolah terus kawin.Menyesal pulak sebab tak kena tumbuk masa sekolah kalau tak aku pon dah kawin ada anak.huhu ada calon?? Fahrin ahmad sila tampil ke hadapan..heee 

Masa belajar kat kolej masih tak insaf lagi keras kepala pulak tu.Tak pernah-pernah sambut bulan puasa tanpa family masa tu kena duduk hostel.Dah kebiasaan masa duduk umah main mercun sampai kat hostel pon nak jugak main mercun baling ikot celah tingkap.Last-last warden panggil aku merangkap ketua umah yang paling tak berdisplin **muka selalu masuk bilik meeting**

Warden dah la tak garang tapi pak guard pulak hangin semacam saja nak cari pasal ngan aku.Dia kata aku tak ikot peraturan tak di benarkan main mercun kat hostel.Aku jawab la mana ada main merun kat hostel,aku dah keluarkan badan and kepala dari tingkap tu bukan kawasan hostel lagi.Tiba-tiba pak guard jadi hulk dia cekiknya leher member aku sebab member aku ada sebelah dia.Esoknya pergi balai polis buat report.huhu macam-macam hal aku buat sey.

Bila dah kerja gadoh ngan senior pulak.Mau tak hangin kalau purse korang kena curik?kalau lelaki yela tak hangin sebab dorang pakai wallet..hehe dah la purse hilang,phone aku dua-dua kena curik.Berkeperibinatangan sungguh.Last-last aku blah cari kerja lain sampai la jadi asst designer walaupon belajar dalam bidang business it.Takde kena mengena langsung belajar benda lain kerja bidang lain tapi rezeki dah ke arah tu terima je

Tak cukup ngan dunia luar kat FB and YM tu pon da jadi tempat aku cari pasal.Saja suka-suka sakat orang tapi yang dah kenal dorang tau la aku macam mana,yang tak kenal tu aku tengok sampai sakit jiwe nak membalas ayat jahanam aku tu.Hehe kalau kat ym pulak dorang siap VC maki-maki aku sambil jerit-jerit..alololo comey sungguh

Mana aku dapat perangai macam ni pon tak tau la,Puan mama cergas je incik papa baik tak suka cari pasal.Dapat anak  kepala batu macam ni.Aku tak suka la kalau perangai kita ni degil sikit orang mesti nak kaitkan dengan mak bapak.Weyh jangan salahkan ibu yang mengandung tapi salahkan bapak yang tak boleh mengandung..LOL..