ULASAN KENAPA WANITA RAMAI YANG MASIH SINGLE..

Akhir zaman ni perempuan lebih ramai dari lelaki sebab tu ramai perempuan yang single..Ok tu kata kau..tengok pulak ulasan aku..siapa tak setuju tu kira pendapat masing-masing la kan.Lagi pon ada aku kesah korang setuju ke tak?? **blogger laki akan berkata:kerek ah minah ni patut ah takde sape nak.Jadilah kau anakdara tua** Glurp! *telan air liur*

Kenapa wanita sekarang masih single:

1) Lelaki yang baik budi pekerti tapi tidak kacak (so kena rejek la ni kan) hehe

2) Lelaki yang kacak tetapi tidak mempunyai sifat yang baik (tadi dah jumpa yang baik nak yang kacak,lepas jumpa yang kacak perangai lak macam hantu..aduyaii)

3) lelaki yang kacak dan mempunya perangai yang baik tapi gay (hoi dah ada batang paip buat apa cari spesis yang sama..bodoh betol!!patut ramai gadis yang singlekan:p )

4) Lelaki yang kacak dan mempunyai perangai yang baik sudah berkahwin (alahaii melepas)

5) Lelaki yang tak kacak tapi berperangai baik tidak mempunyai duit ( nak bercinta tak ada duit dah kawen nanti makin pasir la gamaknya)

6) Lelaki yang kacak tapi berperangai buruk berfikir wanita itu tidak cukup cantik untuknya ( eleh ada aku kesah)

7) Lelaki yang berfikir wanita itu cukup cantik dan lelaki itu berperangai baik dan mempunyai duit tapi kedekut (sapa je yang suka laki kedekut?? )

8) Lelaki yang cukup baik budi pekerti,mempunya rupa yang kacak dan berduit tapi sangat pemalu dan "never make a first move" (tak kan nak perigi cari timba kot)

9) Lelaki yang mulot manis tapi tidak mempunyai rupa yang kacak dan mempunyai duit tapi  mata keranjang (kalau laki mata keranjang lebih rela single dari bersuamikan lelaki macam tu)

yang penting kepada gadis-gadis yang belum mempunyai pasangan jangan salahkan ibu yang mengandung tapi banyak-banyakkanlan berdoa untuk di percepatkan jodoh.

p/s: ramai gadis yang single sebab aku ada bf..ada kena mengena tak??kena la kan??kena MAKI..hehe

Mencanang kisah cinta??wajar ke??

Aku bukan la orang yang suka mencanang kisah cinta aku kat satu mesia..korang bukan nak tau pon sebab BF aku bukan la pemain bola mesia..setakat pemain bola sendiri hebat la..eh ape ni lucah la!! hee Tapi aku punya suka la nak hapdet kat belog ni kang aku tak hapdet korang ingat owner belog ni dah arwah pula.. heh

Aku tahu ramai yang buat belog(belog bak kata hamis zalikha) hampir semuanya sudah berpunya atau hati sudah berpunya tapi tak ada pasangan.tu namanya syok sendiri tapi tak apa belum sampai seru cuma aku tertanya-tanya wajar ke kisah cinta di canang dan di kongsikan dalam belog?


Bagi pendapat aku belog kau memang la kau punya suka nak taip ape tapi kau buat belog tu bukan ke untuk bacaan dan tatapan umum?Aku rasa sekali dua tu ok la nak cerita pasal BF/GF kau dah lama-lama kau ingat orang suka nak baca?macam la orang lain tak ada BF/GF.Aku pon adalah!!eyh mia da tak single eyh??ok ok kalau nak tau sila baca surat khabar berita harian saya tangguh tunang ok..eh bukan-bukan tu aimie and BF dia keeper mesia tangguh tunang aku kalau tunang paling hebat pon masuk PESBUK and YM je sebab kat situ jela kami terkenal di kenali..hehe

Kalau nak taip pasal kisah cinta tu tayah la setiap kali hapdet belog nak cerita pasal BF /GFkau.Kang kalau ada yang TERsuka payah pulak.Bila dah TERsuka kau salahkan perempuan itu lelaki ini miang nak merampas..hello WTF *WelcomeTo Facebook YAWW* selagi belum bertunang atau sah jadi suami isteri maknanya pasangan kau tu belom jadi hak kau ok masih ada cop sirim bawah jagaan mak bapak lagi.Bercinta pon guna duit mak bapak konon nak caring pasal BF/GF macam dia yang bagi duit belanjan beli boxer and bra pulak.huh

Lagi satu aku terfikir la kan alangkah indahnya kalau kisah cinta kita tu orang tertanya-tanya lagi-lagi bila nak nikahkan mesti orang akan tanya mana kenal suami/isteri tu..maka dengan tersipu-sipu kalau aku la akan jawab biar la rahsia..hehe *gelak ngade-ngade tak boleh tinggal* macam akak aku masa dia nak nikah aku pon tatau mana dia kutip suami dia bila dah nikah baru la dia cerita tu pon rakam guna vidio camera lepas dia bersanding dia kata nanti anak dia dah besar boleh tengok vidio tu.Maknanya bukan untuk tontonan ramai la kan..dua tiga kali juga la aku tengok vid kawin dia tu sebab sangat-sangat romentik.

 Dah banyak membebel ni aku tau lepas ni mesti ada yang kata macam good-good je mia ni  nak bagi pendapat tapi apa yang aku rasa tu jela aku taip.Ada aku kisah kau suka ke tak??agaga TERIMA KASIH MEMBACA DAN MENYETALKER..:D

**********

P/S: Ada yang paling menggelikan ketiak bila ada hamba ALLAH yang buat kisah cinta berPART-PART siku lipat pulak..Nasib baik bukan artis kalau tak setiap hujung minggu keluar cerita cinta dia kat pacaindera(betol ke aku eja ni)erk..dah macam mami jarum pulak..hehe

Happy bornday MEMEY miak

22 tahun yang lalu..

Dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera

Dinda mahu berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata


Memang tidak la mereka nyanyi lagu ni masa 22 tahun yang lepas tapi kira macam ni la dialog mama ngan papa masa perbincangan memproses aku.Fuhhh kanda dinda..terbaik la!!

Sebagai isteri mithali dinda mama kena dengar dan patuh dengan kehendak papa..weng wengg here i come!! part tu aku tak wujud so macam mana aku nak ceritakan.Tak pernah pulak aku datang duduk kat peha papa berborak pasal malam ke empat mereka..eh takkan empat kali je??ABAIKAN ye anak-anak semua.

Di sebabkan papa and mama dah ada dua putera and satu puteri tunggal so papa memang nak genapkan ada empat orang anak dengan harapan dapat seorang baby perempuan yang comel (^-^) eh aku la tu..Kebetulan papa dah grad study di oversea so dia boleh focus untuk main dengan baby mia.Masa tu tak wujud lagi..

21 tahun lalu...
Puan anggun telah di sahkan mengandung,tahniah puan.Suami puan sungguh gagah..baby juga sihat dan agak comel Banyak-banyakkan berehat.heh gila baru sah ngandung dah tau baby kiut ke tak.Nampak sangat la dialog ni tipukan:D propa lebih kau miak

Bulan ke lima..


Kanda,dinda rasa macam nak makan durian belanda la..Tapi nak yang kat betol-betol dari belanda...Papa yang tengah tidur-tidur ayam pon kata esok kita pergi beli tiket ke sana ye.Dinda tidur dulu esok pagi-Pagi nak jalan jauh.

Esoknya..kanda dinda nak makan daging rusa la..Abang sulung mencelah kat ketiak eh tak mencelah perbualan mama dan papa.Papa kena cari untuk mama nanti jadi macam cerita batu belah batu bertangkup kalau mama kempunan.Nanti macam mana abang nak main dengan baby ni sambil tunjal-tunjal kat perut mama.Aku yang kat dalam perut sedang swimming terganggu.."Hey der dun disturb me please.syuh2"

Bulan ke sembilan...
(29.12.1989)

kanda dinda rasa sakit ni..Baby dah nak keluar..Papa yang panik terus start enjin kereta dengan kain pelikat tanpa baju.Sexy la!!..kot ye pon cuak pakai baju dulu.Dah ada Tiga anak masih kalut.Heh baby da marah ni.Malu doc perempuan tu tengok nanti dah la masa check baby sihat ke tak mesti doc tanya suami ada di mana kat mama..HUH SEBOK JE!!mama kita lagi cantik ah.

Mama kata dah tak sempat nak keluarkan kita..Alamak kenapa kita rasa pening duduk dalam perut mama ni.Selalunya aman je boleh buat kuak lentang,gaya bebas and kuak kupu-kupu tapi kenapa air swimming pool makin kurang ni..??Kita nak jumpa mama ke??Di sebabkan terlalu excited makin laju kaki aku menendang perut mama.Mama jerit..sadap la mama..heh? derhake..hehe

Papa cakap tak sempat nak pergi hospital.Ala gila tak glemer beranak dalam kereta:(Kat hospital ada ramai kawan.Tapi nak buat macam mana kau tu badak gedebab sangat miak tak sempat-sempat nak kua hambik kau papa hantar kat klinik je.Sampai-sampai je depan klinik ada orang sambut mama tapi bukan dengan kompang tapi ada katil bergerak.Fuyoo mama main papan luncur ke??

Mama duduk kat satu bilik papa dah takde..Doc suruh mama push..aku dengar sayup-sayup je..puan anggun push..eh push tu apa erk??Di sebabkan tak paham so aku duduk diam-diam dalam perut sambil gigit kuku.Puan anggun kali ni cuba lagi dengan sekuat hati.Tarik nafas dalam-dalam dan push.Masa ni tetiba aku rasa macam di sedut keluar.Adoi adoiii slow slow la.. huh sempit woo..Kali ni mama push lagi terpelanting aku keluar.Memang tidak la kan.Huh Yang sambut aku nurse india.Apasal gelap ni..di sebabkan terkejut aku menangis sekuat hati.Sesambil jeling seorang wanita yang jelita.Eyh cantiknya dia..siapa tu??

Lepas dah bersihkan aku nurse balut aku dengan kain napkin aku masih menangis sambil memejamkan mata tak sanggup tengok gelap sangat.Sampai di satu pelukan tetiba aku terdiam.Nyamannya..Pelukan yang hangat yang buat aku berhenti menangis.Aku cuba buka mata dan aku nampak wanita jelita tu tersenyum.EH dia nak ngorat aku ke ^-^ tapi dia kata sayang mama..Mama tu apa??Dah lama-lama baru aku tau nama dia mama.hye mama sambil kenyit mata.

Tak lama lepas tu dengar bunyik bising.Sapa pulak dorang ni??Mama kata ni abang sulong,ouh abang yang lagi satu abang no 2 aku.Banyaknya abang dan last sekali datang sorang perempuan macam kanak-kanak ribena comot je rupa..heh mama kata tu kakak..Ouh kakak last sekali datang lelaki kacak masuk dalam bilik.Untuk tarik perhatian dia aku pon mula menangis lagi sampai merah-merah muka.Akhirnya papa datang dukung.hye hensem =.=" sexy my name..ngeng!!Tu papa kata mama.Terus potong stim aku nak mengatal.Papa bawak aku ke satu sudut dan mengazankan aku.Ya allah syahdunya suara papa.Ada serak-serak sikit macam ramli sarip rupa-rupanya papa tengah tahan sebak.

Bahagia ke mereka dengan kehadiran aku?Tapi yang ternyata aku bahagia berada di kalangan mereka.Tidur di dalam pelukan hangat mama dan ada abang-abang dan kakak yang sentiasa melayan kerenah aku.Abang cakap adik abang comel.Dah tau pon tapi takpe nak mention banyak kali.Abang sulung yang paling kerap dukung aku.Dia tunjuk kat aku pada kawan-kawan dia.Macam la dia yang beranakkan aku tapi dia yang paling happy.

Papa pulak bila balik dari kerja mesti cari aku.Papa ciom aku misai dia terkena pipi,aku gelak.Makin galak papa mengusik aku.Dah penat main mama kasi aku minum susu.Mama bagi aku susu fresh sambil minum dapat free cioman.Sayangnya mereka kat aku.Memang aku kaya dengan peluk cium dari mereka..bahagianya jadi baby..


***************
Semua cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan part aku nak di berankkan tu betol di cerita semula oleh puan mama.Kalau sebelum ni bila time birthday aku yang paling seronok sekali sebab dapat hadiah bila makin dewasa aku terfikir kenapa aku gembira sedangkan puan mama bertarung hidup dan mati untuk melahirkan aku di dunia.Terima
kasih mama atas pengorbanan mu:)





putus cinta..auch

Ni entry gedik aku nak bercerita pasal putus cinta.Aku pon perempuan biasa jugak kalau putus cinta mesti nangis tersedu-sedu henjut-henjut bahu sampai hingus meleleh punya la sedih tapi esoknya ok dah:D cepat gilakan??sebabnya aku terfikir dalam dunia ni kalau sayang macam mana pon pada benda dan manusia tak kan kekal.kalau manusia akan mati tapi kalau barang akan rosak so buang masa nak sedih lama-lama. " kalau buang masa tayah nangis langsung la miak" err harus nangis sikit untuk lepas geram..lalala..

Aku pelik gila kalau ada yang putus cinta sampai tak nak makan,terperap dalam bilik.Tak lapar ke korang?Aku bukan jenis macam tu nak seksa badan semata-mata untuk orang yang tak hargai kita.Dah dia tak suka blah la buat apa nak terhegeh-hegeh lagikan? tapi sepanjang aku kapel aku yang tinggalkan ex aku tu =.="sebab tulah aku tak sedih??kalau tak sedih tak ada la adegan nangis terhenjut-henjut bahu tu..dah la aku tinggalkan aku yang nangis..haha 

Aku bukan saja-saja minta putus dengan ex aku tu tapi kalau boleh aku nak la lelaki suka aku bukan sebab kelebihan yang aku ada tapi aku nak lelaki suka dan jatuh cinta dengan keburukan aku.Bila dia boleh terima keburukan so tak ada masalah tuk dia terima kebaikkan aku.Baru boleh ngam

Macam aku ni anak bongsu jarak umur ngan abang-abang dan kakak pon jauh so mesti la aku di manjakan.Tapi aku bukan la jenis merengek-rengek nak itu ini cuma aku suka manjakan diri dan semua benda aku buat aku suka tanya pendapat pasangan aku sebelum buat sesuatu sebab tu dia rimas kot.Pastu kepala aku gila-gila tapi dia kata perangai aku macam budak-budak.Habis tu kalau tu salah ini salah kenapa dia suka aku?Dari situ aku tau dia suka aku cuma dari kelebihan aku je.so selamat jalan romeo..

Orang kata kalau putus cinta biar la cara baik tapi jarang la nak putus cinta cara baik.Kalau baik tak kan putus kan?Bila dah bergaduh,curang and benci barulah jadi punca gaduh.Bagi aku bila baru putus jangan contact la nanti jadi macam aku.Di sebabkan rasa keperimanusiaan aku tak nak bergaduh dengan ex aku tapi boleh pulak ada satu message dia tu kata aku bengap:( kalau aku bengap dia tu apa?Bebal?Pengajarannya biar la tak contact dari jadi kes maki yang tak di undang.

So kesimpulannya setelah aku kecewa tahap gaban sebab cinta yang kecundang di tengah jalan aku dah berangan nak bercinta ala-ala cerita adamaya tu..ha??im not single?tamau yang tu nak contoh adamaya jugak!!walaupon jalan cerita yang sama tapi mia sara takde..teheee macam best je bercinta lepas kawinkan..sapa nak bercinta dengan saya??girl only..eh eh larikKKk

Blog kau tak best

Aku bukanla blogger yang selalu mengeluarkan killer entry sebab tu la tak ramai yang follow aku..sob sob:( takpe takpe mentang-mengtang la aku tak cantik ang tak singgah kat blog aku noh..Lumrah la kan orang yang cantik dan kacak memang selalu orang kejar dan dapat perhatian.Tapi yang aku pelik kadang-kadang entry dia cuma type "arghh badmoodnya today malas nak hapdet" tapi komen sampai 40++  WTHotak?? aku baca pon rasa nak maki tak kira la muka macho macam mana pon.

Aku memang terkenal dengan malas nak komen.Kalau baca blog orang pon tak meninggalkan rambut ketiak"tak habis-habis dengan rambut ketiak =.=" jangan salahkan saya tapi salahkan blogger SHAFIQSTATICHOT." Aku akan komen bila aku rasa entry korang menarik so jangan hairan ada di antara blog korang aku rajin komen:D 

Belog yang macam mana aku malas nak komen??ok aku ada follow satu blogger ni.Aku tau dia bahagia bercinta dengan seseorang yang agak di kenali di malaysia ni.Tapi aku rasa tak perlulah setiap kali buat entry nak cerita tentang apa kau buat dan bertapa romentiknya pasangan kau.Sekali sekala apa salahnya tapi kalau dah dua tiga kala??Orang yang baca pon akan bosan.Aku terfikir macam mana kalau dorang putus cinta nanti..hurm..doakan yang baik-baik jela..blog kau lantak kau nak type apa tapi jangan tanya kenapa aku tak meninggalkan jejak kat blog kau.TENKIU:D

Seperti yang kat atas sekali tu aku tak akan komen kat blog yang cuma menaip sepatah harem.Kenapa aku marah sangat?Sebelum ni aku on9 pakai pc dan line streamyx sangat-sangat la selesa sekarang aku on9 pakai lappy dan menggunakan BERUKBENGONG sangat-sangat lembab dan menyusahkan so bila aku berhempas pulas nak bukak blog korang tiba-tiba kau cuma type "i rindu hubby/honey i la..hurm".*&%^%^ .kasihani la penguna-penguna berukbeng ini wahai blogger:( 

Blog yang paling annoying sekali yang buat mata aku berbulu baca blog yang menghentam lelaki dan perempuan.Kalau bloger tu lelaki dia mesti hentam perempuan macam tu jugak sebaliknya.Tu cara orang nak tarik perhatiankan?OUH HELL sorry la aku nak layan blog macam ni.Nanti nak kawin cari sapa??takkan kaum sejenis kan kan..??

 Yang paling penting aku tak follow lelaki yang kacak tapi aku akan follow kalau apa yang dia type sangat-sangat kelakar dan menghilangkan beban stress berkerja sepanjang hari.Blog yang aku paling suka brader zack tapi dia dah lama  tak hapdet tapi tak jemu nak baca blog dia yang lama-lama..I LIKE.Jangan tanya aku kenapa tak jejak di blog korang sebab aku tak sanggup nak cakap  BELOG KAU TAK BEST^-^ blog aku pon tak best jugak..heee

**************

Esok nak ajar anak sedara sebut harry potter lagi sebab dia akan sebut helikopter=.= penat aku mengajar..gRrr