Happy bornday MEMEY miak

22 tahun yang lalu..

Dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera

Dinda mahu berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata


Memang tidak la mereka nyanyi lagu ni masa 22 tahun yang lepas tapi kira macam ni la dialog mama ngan papa masa perbincangan memproses aku.Fuhhh kanda dinda..terbaik la!!

Sebagai isteri mithali dinda mama kena dengar dan patuh dengan kehendak papa..weng wengg here i come!! part tu aku tak wujud so macam mana aku nak ceritakan.Tak pernah pulak aku datang duduk kat peha papa berborak pasal malam ke empat mereka..eh takkan empat kali je??ABAIKAN ye anak-anak semua.

Di sebabkan papa and mama dah ada dua putera and satu puteri tunggal so papa memang nak genapkan ada empat orang anak dengan harapan dapat seorang baby perempuan yang comel (^-^) eh aku la tu..Kebetulan papa dah grad study di oversea so dia boleh focus untuk main dengan baby mia.Masa tu tak wujud lagi..

21 tahun lalu...
Puan anggun telah di sahkan mengandung,tahniah puan.Suami puan sungguh gagah..baby juga sihat dan agak comel Banyak-banyakkan berehat.heh gila baru sah ngandung dah tau baby kiut ke tak.Nampak sangat la dialog ni tipukan:D propa lebih kau miak

Bulan ke lima..


Kanda,dinda rasa macam nak makan durian belanda la..Tapi nak yang kat betol-betol dari belanda...Papa yang tengah tidur-tidur ayam pon kata esok kita pergi beli tiket ke sana ye.Dinda tidur dulu esok pagi-Pagi nak jalan jauh.

Esoknya..kanda dinda nak makan daging rusa la..Abang sulung mencelah kat ketiak eh tak mencelah perbualan mama dan papa.Papa kena cari untuk mama nanti jadi macam cerita batu belah batu bertangkup kalau mama kempunan.Nanti macam mana abang nak main dengan baby ni sambil tunjal-tunjal kat perut mama.Aku yang kat dalam perut sedang swimming terganggu.."Hey der dun disturb me please.syuh2"

Bulan ke sembilan...
(29.12.1989)

kanda dinda rasa sakit ni..Baby dah nak keluar..Papa yang panik terus start enjin kereta dengan kain pelikat tanpa baju.Sexy la!!..kot ye pon cuak pakai baju dulu.Dah ada Tiga anak masih kalut.Heh baby da marah ni.Malu doc perempuan tu tengok nanti dah la masa check baby sihat ke tak mesti doc tanya suami ada di mana kat mama..HUH SEBOK JE!!mama kita lagi cantik ah.

Mama kata dah tak sempat nak keluarkan kita..Alamak kenapa kita rasa pening duduk dalam perut mama ni.Selalunya aman je boleh buat kuak lentang,gaya bebas and kuak kupu-kupu tapi kenapa air swimming pool makin kurang ni..??Kita nak jumpa mama ke??Di sebabkan terlalu excited makin laju kaki aku menendang perut mama.Mama jerit..sadap la mama..heh? derhake..hehe

Papa cakap tak sempat nak pergi hospital.Ala gila tak glemer beranak dalam kereta:(Kat hospital ada ramai kawan.Tapi nak buat macam mana kau tu badak gedebab sangat miak tak sempat-sempat nak kua hambik kau papa hantar kat klinik je.Sampai-sampai je depan klinik ada orang sambut mama tapi bukan dengan kompang tapi ada katil bergerak.Fuyoo mama main papan luncur ke??

Mama duduk kat satu bilik papa dah takde..Doc suruh mama push..aku dengar sayup-sayup je..puan anggun push..eh push tu apa erk??Di sebabkan tak paham so aku duduk diam-diam dalam perut sambil gigit kuku.Puan anggun kali ni cuba lagi dengan sekuat hati.Tarik nafas dalam-dalam dan push.Masa ni tetiba aku rasa macam di sedut keluar.Adoi adoiii slow slow la.. huh sempit woo..Kali ni mama push lagi terpelanting aku keluar.Memang tidak la kan.Huh Yang sambut aku nurse india.Apasal gelap ni..di sebabkan terkejut aku menangis sekuat hati.Sesambil jeling seorang wanita yang jelita.Eyh cantiknya dia..siapa tu??

Lepas dah bersihkan aku nurse balut aku dengan kain napkin aku masih menangis sambil memejamkan mata tak sanggup tengok gelap sangat.Sampai di satu pelukan tetiba aku terdiam.Nyamannya..Pelukan yang hangat yang buat aku berhenti menangis.Aku cuba buka mata dan aku nampak wanita jelita tu tersenyum.EH dia nak ngorat aku ke ^-^ tapi dia kata sayang mama..Mama tu apa??Dah lama-lama baru aku tau nama dia mama.hye mama sambil kenyit mata.

Tak lama lepas tu dengar bunyik bising.Sapa pulak dorang ni??Mama kata ni abang sulong,ouh abang yang lagi satu abang no 2 aku.Banyaknya abang dan last sekali datang sorang perempuan macam kanak-kanak ribena comot je rupa..heh mama kata tu kakak..Ouh kakak last sekali datang lelaki kacak masuk dalam bilik.Untuk tarik perhatian dia aku pon mula menangis lagi sampai merah-merah muka.Akhirnya papa datang dukung.hye hensem =.=" sexy my name..ngeng!!Tu papa kata mama.Terus potong stim aku nak mengatal.Papa bawak aku ke satu sudut dan mengazankan aku.Ya allah syahdunya suara papa.Ada serak-serak sikit macam ramli sarip rupa-rupanya papa tengah tahan sebak.

Bahagia ke mereka dengan kehadiran aku?Tapi yang ternyata aku bahagia berada di kalangan mereka.Tidur di dalam pelukan hangat mama dan ada abang-abang dan kakak yang sentiasa melayan kerenah aku.Abang cakap adik abang comel.Dah tau pon tapi takpe nak mention banyak kali.Abang sulung yang paling kerap dukung aku.Dia tunjuk kat aku pada kawan-kawan dia.Macam la dia yang beranakkan aku tapi dia yang paling happy.

Papa pulak bila balik dari kerja mesti cari aku.Papa ciom aku misai dia terkena pipi,aku gelak.Makin galak papa mengusik aku.Dah penat main mama kasi aku minum susu.Mama bagi aku susu fresh sambil minum dapat free cioman.Sayangnya mereka kat aku.Memang aku kaya dengan peluk cium dari mereka..bahagianya jadi baby..


***************
Semua cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan part aku nak di berankkan tu betol di cerita semula oleh puan mama.Kalau sebelum ni bila time birthday aku yang paling seronok sekali sebab dapat hadiah bila makin dewasa aku terfikir kenapa aku gembira sedangkan puan mama bertarung hidup dan mati untuk melahirkan aku di dunia.Terima
kasih mama atas pengorbanan mu:)





4 comments:

Marya Hana said...

budus ah kaw dksue.. ude nak copy ni, kasik kat pakcik osama. kah kah. GILA punya budak!

happy bday dear! :)

Mya Myra said...

oi oi jgn copy paste..
naye kang dia tau ank dia cte part proses ank tu..
haha

thnx ude yg tua:D

elly marsila said...

happy birhday sis

Mya Myra said...

tenkiu dikly..
:)