Tips putus cinta bersama doc love a.k.a MYA MYRA

Aku tak tahu ape kes sekarang ni ramai orang yang putus cinta mungkin ada musim-musim kot.Yang jadi mangsa seharusnya doc love ni lerr.Kalau aku on YM ada je status member-member yang frust menongeng.Sakit mata memandang dengan ayat berbunga-bunga.Hoi sedarlah kawan yang pergi biarlah pergi.Ramai lagi yang menanti anda di luar sana.

Bagi aku kalau kita kejar dia sejauh mana pon andai tertulis dia bukan jodoh kamu benda tu takkan jadi juga.Untuk tidak frust dengan lebih teruk melibatkan hati bernanah dan berdarah seharusnya aku nasihatkan korang bercintalah dengan ALLAH S.WT kerana cinta kepadanya tidak pernah berakhir.DIA tidak akan mengecewakan hambanya.Korang sibuk kejar BF/GF tapi korang lupa dengan MAHA PENCIPTA.Bila korang kecewa korang salahkan takdir tapi korang sendiri pon salah.LU FIKIRLAH SENDIRI..

Sebagai seorang manusia yang perihatin aku kongsikan tips putus cinta and melupakan kekasih khas untuk mereka yang frust tertonggek tertonggeng dari saya doc love..hehe


1. Berdamai dengan diri sendiri.Manjakan diri anda dengan mandi sauna, urut aromaterapi dan sebagainya.Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dengan orang-orang yang anda percayai.Daripada mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dengan demikian akan lebih mempercayai diri.

6.Jangan melarikan diri dengan orang lain.Orang yang baru putus cinta cenderung
ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis bersendirian.Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dengan binatang kesayangan seperti kucing,arnab dan sebagainya.Sedikit sebanyak kamu akan melupakan kepedihan.

8.Menulis surat.Jika anda membenci bekas kekasih...tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jangan ragu memberi 'komplimen' untuk diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka.Ganti beberapa hari kemudian dengan bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya.Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi.tidak bermaya.Makanlah dengan tepat dan makanan yang sihat.

11.Bersukan.Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki'mood'.

12.Lakukan hobi yang anda sukai.membaca,menonton tv, berkebun dan sebagainya.

13. Jangan 'trauma' oleh cinta.Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup.Percayalah pada keajaiban cinta.  

***********************
selamat mencuba :) apa yang penting tabahkan hati.Tak bermakna jika dia tidak mahu bersama kamu,kamu seorang yang tidak baik tapi fikirlah bahawa dia bukan di takdirkan untuk menjadi pasanganmu dan cuba membuka hati untuk mencari dan menerima cinta lain..


No comments: