Bonda tersayang..

Warkah buat mama,

mama dah lama kita tak berborakkan??Kenapa ye??mia nampak perubahan mama selepas nenda dah tak ada.Mama kerap marah-marah..Mia tau mama sedih kehilangan orang yang mama sayang tapi mia tak kesah kalau mama marah mia mama semakin lega..

Mama hari ni mia terfikir,mama lebih sayangkan kakak dan abang-abang dari mia ke??Mia tak ada tempat dalam hati mama??Tapi orang kata mana ada mak yang tak sayang anak tapi kenapa ada yang sanggup buang bayi kalau semua sayang anak.Mungkin mama pon tak sayang mia kan?

Mama mia tengok ibu arwah tasya sayang sangat kat anak dia.Dia selalu tulis kat FB kata-kata rindu pada arwah tasya.Syahdunya lihat kasih seorang ibu pada seorang anak yang dah tiada.Rasa-rasa kalau mia dah tak ada nanti mama akan rindu kat mia macam ibu rindu kat arwah tasya tak?Ke mama akan rasa sayang selepas mia dah tak ada?Atau mungkin mama takkan rasa apa-apa??

Mama semua adik beradik mama melindungi anak masing-masing bila anak mereka di tuduh tapi kenapa mama tak lindungi mia?Semua salahkan mia walhal mia cuma membantu sepupu tu dari di apa-apakan.Mama tak percayakan mia ke??SUMPAH mama sendiri lihat air mata mia sewaktu bercerita tentang kebenaran tu tapi mama cuma mendiamkan diri je.Pada siapa lagi mia nak mengadu mama??

Mama tau kan mia selalu sakit kepala sebab low blood dan mia selalu minta mama picitkan kepala.Tapi sekarang mia takut nak jumpa mama.Mia bukan nak jauhkan diri dari mama.Mama tau tak masa mama picit mia rasa semua kesakitan mia lega.Sampai mia lena di sisi mama.Amannya bila berada di sisi mama.

Walaupon duduk satu rumah tapi di blog ni la satu-satu tempat mia meluahkan perasaan.Mia selalu lalu depan bilik mama tapi mia takut nak masuk ganggu mama.Kadang-kadang mia duduk sebelah mama tapi masing-masing diam tak kata apa-apa.Apa salah mia pada mama sebenarnya??

Mama andai kata kehadiran mia dalam dunia ni menyusahkan hidup mama,Mia minta maaf.Mia tak tau kata-kata mama pada abang cuma gurauan ataupon memang dari hati mama.Mama kata andai ada lelaki yang boleh tanggung mia mama nak mia kawin je.Kenapa mama??mama dah tak nak mia ada di sisi mama??memang sah la mia ni bukan sesiapa dalam hati mama kan??:(

Dalam dunia ni bukan kasih sayang seorang lelaki yang mia mahukan.Mia tak ada teman lelaki.Mia cuma nak kasih sayang mama.Apa guna mia hidup dalam dunia ni tanpa kasih sayang mama.Mia selalu dengar kawan-kawan cerita hal ibu mereka.Mia senyum tapi dalam hati mia selalu tertanya,kenapa kita tak boleh jadi macam tu?

Mama mia takut kalau tak sempat nak kata mia sayang kat mama.Setiap kali mia nak kata perkataan tu depan mama lidah mia jadi kelu.Mia malu nak kata macam tu.Tapi kalau mama perasan setiap kali hari lahir mama mesti mia nak buat something untuk mama berbanding anak-anak mama yang lain.Bukan nak kata mereka tak sayang mama cuma mia sedaya upaya nak membeli jiwa mama untuk sayang mia.Nampaknya usaha mia selama ni sia-sia.

Mama mia tak penah penat untuk menunggu kasih sayang mama buat mia.Tapi andai kata masa tu tak mengizinkan hadir di saat kita kat dunia,Mia mohon mama halalkan susu,halalkan kesakitan dan halalkan pengorbanan mama melahir dan menjaga mia sewaktu kecil.Terima kasih mama atas segalanya:)

YA ALLAH aku tahu kau hanya menguji hamba mu yang kuat dan kau mahu aku jadi insan yang lebih tabah.Dugaan ini terlalu berat YA ALLAH.Aku rindukan kasih sayang mama aku.Separuh dari penafasan aku seperti di tarik.Apabila kata-kata seorang ibu terlalu keras untuk anaknya aku rasa seperti roh aku pergi yang tinggal hanya jasad di dunia ni.Insya Allah lepas apa yang terjadi aku akan jadi seorang yang makin kuat.

No comments: