DI MANA DIA??

Bab hati dan perasaan ni aku tak berani nak comment.Aku penah rasa kecewe aku penah rasa tertekan aku pernah menangis di sebabkan perasaan cinta.Oi oi gila geli..haha sapa ntah cinta tu.boleh buat aku tak lalu makan,mandi tak basah,tidur tak lena.ARGHHH memang bodoh ok.

Aku jenis orang yang bukan DESPERATED sangat perlukan pasangan.Aku bahagia dengan apa yang aku dapat dalam dunia ni.Walaupon kadang kala sunyi tapi aku rasa hidup aku sekarang cukup sempurna dengan adanya ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa di sisi.Family first

Kenapa ya bila dalam keadaan macam ni macam-macam orang meluahkan perasaan kat aku??nak je aku kata PLEASE3X kamu jangan gatal..haha aku belum bersedialah weyh sebab aku nak cari orang yang boleh terima aku seadanya.Bukannya untuk buat macam bola boleh sepak sana sini sesuka hati.

Aku teringat masa zaman sekolah.Kawan aku nangis-nangis cerita pasal bf dia curang la,kuat marah-marah aku dengar jela sebagai seorang kawan yang perihatin dan bertangungjawab.Padahal duk layan cerita member dalam toilet siap skip kelas..haha gila teruk perangai zaman muda-muda dulu.Sekarang da matang ok:p

Dia ada tanya aku..Kenapa orang masih nak bercinta lagi walaupon tau risiko tinggi untuk di kecewakan.Aku and member-member yang lain gelak dengar soalan dia.Aku dengan selumber muka seposen dengan rasa tak bersalah ponteng klas nyanyi untuk dia lagu dalam filem lady bos:

cinta itu,boleh di umpamakan bagai makan sambal belacan,
walau enak hingga mengalir air mata namum masih di makan juga
:D

Allah s.w.t mencipta manusia berpasangan seperti nabi adam dan hawa,tidak kiralah sejauh mana kita kejar seseorang,jika dia bukan jodoh kamu dia tetap bukan milik kamu.Percayalah kepada takdir dan ketentuanNYA.Sesungguhnya dia maha mengetahui segala-galanya.
Mencari pasangan hidup adalah ibadah dan mendapat pahala tapi perlulah di sertakan dengan niat dan tidak melanggar tatasulila antara bukan muhrim.Serious aku taknak bercinta macam budak-budak sekarang ni.Semoga ALLAH memberi petunjuk siapkah PEMBERI TULANG RUSUK KU.

Allah s.w.t memberi kita dua tangan untuk memegang,dua kaki untuk berjalan,dua mata untuk melihat dan dua telinger untuk mendengar.Tapi kenapa dia memberi kita satu hati?itu adalah kerana dia memberi lagi satu hati kepada seseorang untuk kamu mencarinya.. 

Selamat mencari pasangan yang serasi dan bahagia di dunia dan akhirat buddies :D amin... 

 

No comments: