Masa kat sekolah tadika pon dah ada geng-geng hot,geng dak-dak nerd,geng anti fasha sandha..eh tak tak masa tu fasha sandha tak wujud lagi T.T Aku campur ngan geng budak-budak yang orang kenal.Cikgu pon kenal aku sebab aku aktif dalam nyanyian and pementasan,bab suruh buat kerja dalam kelas muka aku no 1 yang siap sebab habuan dia dapat main kat taman.
Masa kecik-kecik mana kita nak beza-bezakan kawan.EH!ada jugak.Kau busuk muka tak mandi pagi jangan kawan aku.bla bla..Ha..kau!!gigi kuning jangan minum air aku nanti air aku tukar kaler jadi air oren.Kecik-kecik dah mulot jaat.Haha bukan aku bukan aku..aku baik.Aku memang agak nakal masa kecik-kecik dulu,Kuat pedajalkan orang.Ada sorang budak india ni aku usha dia asek ulang alik keluar toilet.Muka macam nak nanges aku dengan berhemahnya nak tanyalah apa masalah dia.Bila dah dekat ngan dia baru aku tau apa masalah dia.Aku terus jerit KAWAN-KAWAN BUDAK INDIA NI BERAK DALAM SELUAR!!Berdekah orang gelakkan dia.Aku dengan muka slumber kata "awak kita tak ada spender lebih nak bagi awak"..sian dia salah aku ke??=,="
Zaman sekolah rendah..Masa ni aku rasa dah cukup besar sebab sekolah pon besar tak macam sekolah tadika kecik nak mampos.Kelas pon ada dua tiga bijik je.Masuk sekolah rendah rasa dah macam otai.Aku tengok senior-senior kecik besar kecik besar je.sebabnya ada yang kecik ada yang badan besar.Hehe Aku memang bersize kecik.Masa first time aku masuk darjah 1 orang akan kata eh macam budak tadika la dia ni.Comel betol..modo punya olang,Bikin hidung wa kembang kuncup je.
cuba cari aku yang mana satu..kahkah
Masa sekolah rendah aku tak banyak hal sangat.Setakat tak siap kerja rumah kena diri atas kerusi tu biasa,Time member jalan nak kua kelas aku tolak pintu tuk tutup kehedanggg!!kena dahi member lepas tu kena diri luar kelas.Tu pon perkara biasa.Takde la nakal mana pon.Biasa-biasa je.Tu belum lagi kes bergaduh dengan budak kelas.Tak mainlah tarik-tarik rambut@tudung.Aku pelik sikit,asal perempuan cari pasal dia nak tarik rambut aku sure aku dah tarik skirt dia ke atas dulu.haha padan muka!abang aku ajar ok ^-^
Mula belajar puasa..masa first time puasa memang dugaan.Masa tu aku rasa macam mama aku nak bunuh aku bagi mati kebulur.Kot ye pon tak sayang bagilah aku makan.Aku tengok jiran aku slumber je makan.Mak dia sayang dia lebih tapi mak aku??Budak-budak apa tau kan??Jiran aku ni nama anis.Dia period lebih awal dari biasa.Tak salah aku darjah 3 ke 4 ntah.Memang awal gila.Dia la setan yang membatalkan puasa aku.Dia bawak biskut masuk dalam kereta lepas tu pelawa aku makan.Mula-mula aku taknak.dah lama-lama aku tengok biskut makin nak habis aku pon bedal la..Apa yang penting puan mama tak tau:D
Tapi dah nama pon budak-budak mana nak pandai nipu sangat.Masa azan aku boleh lagi main lari-lari keliling umah.Puan mama and Incik papa mula syak aku tak puasa.Bila dorang tanya aku diam je.Kalau aku ngaku tak puasa nanti tak dapat upah puasa.Kalau tak dapat duit raya macam mana nak beli make up mac,kasut vincci,handbeg prada,baju MNG,seluar zara eh tu semua nafsu buaya masa besar gajah ni.Kecik-kecik dulu fikir nak beli tora datang lagi,dindang semua tu two in one siap mainan sekali.Kecik-kecik dah pandai berjimat.Padahal mainan entah pape.Baru beli dua minit dah patah.
Syawal menjelma..Masa raya akulah yang paling sakan sekali.Dahlah puasa tak penuh tapi baju raya nak sampai 3 pasang.Bodek incik papa cabut uban dia dapat beli bunga api.Mercun masa kecik-kecik paling ganas aku main mercun naga.Masa tu kira da gempak gila lah.Paling power.Balik kampung sepupu pon sama spesis setan.Baju raya memang untuk setaun sekali jela.Sebabnya time malam baju dah berlobang kena api bunga api tak pon terkoyak masa main kejar-kejar..
**********
Aku dah malas nak menaip panjang-panjang so kongsikanlah pengalaman zaman kanak-kanak korang pulak^-^
1 comment:
wokakak. cilake tol entry kaw ni.
buat ude gelak sampai kua najis kumbahan.. haha
paling sokong an, sekola rendah dlu, mesti ade dak yg kategori gigi kuning pi sekola, mintak air kite, sedottttt sampai dekat2 nak habes baru kasik die. aaa. kejam.. !! haha
Post a Comment