Ok kali ni aku memerah otak mencari idea,tenaga(demam banyak tenaga hilang)sian gilakan..ok aku tak gila masih waras.Aku pernah alami perasaan suka pada seseorang tapi takut nak luahkan last-last dia pergi kat perempuan lain.Masa dia bercinta ngan perempuan tu kawan kepada Lelaki yang aku suka dalam dia tu kata "mia dulu si incik jejaka suka kau tapi kau buat tak tahu je tu yang dia terima si gadis tu jadi GF".Aku jatuh pengsan masa dia bagitau aku.eh tipu tipu:P saja nak ambik feel macam dalam filem.hihi
Nak menyesal pon tak berguna.Akhirnya jadi macam lagu blog aku ni lah."DI ANTARA KALIAN" Da tak ada jodoh antara aku ngan dia takkan aku nak kacau hubungan orang lainkan.So lupakan aku kembali padanya aku bukan siapa-siapa untuk mu..wowowowww eh TERlayan lak lagu blog sendiri..hehe
Untuk gadis-gadis and jejaka lembab di luar sana yang tak tahu nak meluahkan perasaan aku bagi tips idea aku sendiri ok.Kalau menjadi belanja aku
#1#
Selalulah messaga dan call dia.Sentiasa ada bersama dia setiap waktu.Ingatkan dia masa makan,solat,study and sentiasa bagi dia semangat di saat dia mahu ambil exam or interview kerja.Jangan lupa wish selamat pagi and selamat malam.Masa kau message tu bukan kena message all the way.Just bagi dia rasa akan kewujudan kau je and bagi dia ruang untuk luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.Cara ni kena ambil masa dalam jangka yang agak lama.Sampai masa kau rasa dia selesa dengan message kau and dia ada bagi respond,Kau hilangkan diri buat seketika.Jika dia mencari korang balik tu pertanda dia suka kau.so jangan buang masa.Terpacaklah di depan umah dia dengan bunga sekuntum(save baget) and luahkan bertapa kau nakkan dia untuk di jadikan pasangan.
#2#
Cara ni aku rasa paling simple and berkesan.Kau malu nak luahkan perasaan?So gantikan diri kau dengan lagu.Simplekan?Sebab lagu sekarang ni banyak yang bagi maksud macam sukakan seseorang,cinta tiga segi or broken heart.Make sure kau kena tahu si jejaka/gadis tu sukakan genre lagu yang macam mana.Macam aku dulu pernah record suara and hantar kat seseorang lagu SEMPURNA.Memang dia suka habis.agaga kalau lelaki lagi senang.Kau petik gitar sikit sing lagu bunga-bunga mesti gadis cair.Betol tak??Haa pandaikan?? Thanks you alls..aku anggapkan jela korang puji aku.T.T
#3#
Yang pertama sekali untuk luahkan perasaan mestilah kena berkawan dulu dengan si dia.Masa korang selalu lepak bersama tu selit-selitkan lah topik pasal couple.Kalau dia belum berpunya so korang masih ada peluang.Kalau dia tanya kau dah perpunya ke belum bagitau la belum tapi kau reka sikit cerita macam ada orang ngorat kau bla bla bla (tipu sunat takpe kita kan dah sunat) hihi kalau dia ada hati kat kau mesti dia cepat-cepat luahkan perasaan dia.So kau tayah susah-susah nak luahkan kat dia :D
#4#
Surat menyurat..Di sebabkan zaman sekarang teknologi dah moden dah pupus cara hantar surat macam zaman aku sekolah rendah dulu.Tapikan lebih unik guna cara macam ni.Yang tak di buat oranglah kau buat.Kalau semua buat benda yang sama tak best pulakkan?tapi cara kau kena lain dari yang lain.Tau tak kertas kecik yang boleh tampal-tampal tu?ERR apa nama dia erk:( pepagi subuh ni blurr pulak.Aku bagi pic jap.hehe
Haa macam minatam ni lah.Kau boleh lekat-lekat kat beg,baju,cawan,kalau pelupa sangat tampal kat dahi.Ok cara aku simple.Kau tulis satu word yang simple yang boleh buat dia tersenyum.Contoh..Kalau kau nampak dia sedih kau tuliskan kat notepad tu "patutlah semut tak banyak hari ni,senyuman manis awak tak ada and patutlah cuaca mendung,ada orang tengah sedih.Ish mintak-mintaklah dia tak nangis nanti banjir" sorokkan identiti korang.Dah lama-lama mesti dia nak tahu sapa korangkan.Masa tu bagilah klu sikit demi sikit.Di sebabkan perangai kreatif korang mungkin si dia akan terpikat.:D
Semua idea ni adalah idea aku sendiri.Tak ada cilok dari memana tempat.Mungkin idea aku tak boleh di terima tapi belum cuba belum tau kan??Kalau tak nak cuba pon tak apa.Buat jela ikot cara korang.SEMOGA BERBAHAGIA READER AND STALKER :D
No comments:
Post a Comment