Happy bornday MEMEY miak

22 tahun yang lalu..

Dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera

Dinda mahu berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata


Memang tidak la mereka nyanyi lagu ni masa 22 tahun yang lepas tapi kira macam ni la dialog mama ngan papa masa perbincangan memproses aku.Fuhhh kanda dinda..terbaik la!!

Sebagai isteri mithali dinda mama kena dengar dan patuh dengan kehendak papa..weng wengg here i come!! part tu aku tak wujud so macam mana aku nak ceritakan.Tak pernah pulak aku datang duduk kat peha papa berborak pasal malam ke empat mereka..eh takkan empat kali je??ABAIKAN ye anak-anak semua.

Di sebabkan papa and mama dah ada dua putera and satu puteri tunggal so papa memang nak genapkan ada empat orang anak dengan harapan dapat seorang baby perempuan yang comel (^-^) eh aku la tu..Kebetulan papa dah grad study di oversea so dia boleh focus untuk main dengan baby mia.Masa tu tak wujud lagi..

21 tahun lalu...
Puan anggun telah di sahkan mengandung,tahniah puan.Suami puan sungguh gagah..baby juga sihat dan agak comel Banyak-banyakkan berehat.heh gila baru sah ngandung dah tau baby kiut ke tak.Nampak sangat la dialog ni tipukan:D propa lebih kau miak

Bulan ke lima..


Kanda,dinda rasa macam nak makan durian belanda la..Tapi nak yang kat betol-betol dari belanda...Papa yang tengah tidur-tidur ayam pon kata esok kita pergi beli tiket ke sana ye.Dinda tidur dulu esok pagi-Pagi nak jalan jauh.

Esoknya..kanda dinda nak makan daging rusa la..Abang sulung mencelah kat ketiak eh tak mencelah perbualan mama dan papa.Papa kena cari untuk mama nanti jadi macam cerita batu belah batu bertangkup kalau mama kempunan.Nanti macam mana abang nak main dengan baby ni sambil tunjal-tunjal kat perut mama.Aku yang kat dalam perut sedang swimming terganggu.."Hey der dun disturb me please.syuh2"

Bulan ke sembilan...
(29.12.1989)

kanda dinda rasa sakit ni..Baby dah nak keluar..Papa yang panik terus start enjin kereta dengan kain pelikat tanpa baju.Sexy la!!..kot ye pon cuak pakai baju dulu.Dah ada Tiga anak masih kalut.Heh baby da marah ni.Malu doc perempuan tu tengok nanti dah la masa check baby sihat ke tak mesti doc tanya suami ada di mana kat mama..HUH SEBOK JE!!mama kita lagi cantik ah.

Mama kata dah tak sempat nak keluarkan kita..Alamak kenapa kita rasa pening duduk dalam perut mama ni.Selalunya aman je boleh buat kuak lentang,gaya bebas and kuak kupu-kupu tapi kenapa air swimming pool makin kurang ni..??Kita nak jumpa mama ke??Di sebabkan terlalu excited makin laju kaki aku menendang perut mama.Mama jerit..sadap la mama..heh? derhake..hehe

Papa cakap tak sempat nak pergi hospital.Ala gila tak glemer beranak dalam kereta:(Kat hospital ada ramai kawan.Tapi nak buat macam mana kau tu badak gedebab sangat miak tak sempat-sempat nak kua hambik kau papa hantar kat klinik je.Sampai-sampai je depan klinik ada orang sambut mama tapi bukan dengan kompang tapi ada katil bergerak.Fuyoo mama main papan luncur ke??

Mama duduk kat satu bilik papa dah takde..Doc suruh mama push..aku dengar sayup-sayup je..puan anggun push..eh push tu apa erk??Di sebabkan tak paham so aku duduk diam-diam dalam perut sambil gigit kuku.Puan anggun kali ni cuba lagi dengan sekuat hati.Tarik nafas dalam-dalam dan push.Masa ni tetiba aku rasa macam di sedut keluar.Adoi adoiii slow slow la.. huh sempit woo..Kali ni mama push lagi terpelanting aku keluar.Memang tidak la kan.Huh Yang sambut aku nurse india.Apasal gelap ni..di sebabkan terkejut aku menangis sekuat hati.Sesambil jeling seorang wanita yang jelita.Eyh cantiknya dia..siapa tu??

Lepas dah bersihkan aku nurse balut aku dengan kain napkin aku masih menangis sambil memejamkan mata tak sanggup tengok gelap sangat.Sampai di satu pelukan tetiba aku terdiam.Nyamannya..Pelukan yang hangat yang buat aku berhenti menangis.Aku cuba buka mata dan aku nampak wanita jelita tu tersenyum.EH dia nak ngorat aku ke ^-^ tapi dia kata sayang mama..Mama tu apa??Dah lama-lama baru aku tau nama dia mama.hye mama sambil kenyit mata.

Tak lama lepas tu dengar bunyik bising.Sapa pulak dorang ni??Mama kata ni abang sulong,ouh abang yang lagi satu abang no 2 aku.Banyaknya abang dan last sekali datang sorang perempuan macam kanak-kanak ribena comot je rupa..heh mama kata tu kakak..Ouh kakak last sekali datang lelaki kacak masuk dalam bilik.Untuk tarik perhatian dia aku pon mula menangis lagi sampai merah-merah muka.Akhirnya papa datang dukung.hye hensem =.=" sexy my name..ngeng!!Tu papa kata mama.Terus potong stim aku nak mengatal.Papa bawak aku ke satu sudut dan mengazankan aku.Ya allah syahdunya suara papa.Ada serak-serak sikit macam ramli sarip rupa-rupanya papa tengah tahan sebak.

Bahagia ke mereka dengan kehadiran aku?Tapi yang ternyata aku bahagia berada di kalangan mereka.Tidur di dalam pelukan hangat mama dan ada abang-abang dan kakak yang sentiasa melayan kerenah aku.Abang cakap adik abang comel.Dah tau pon tapi takpe nak mention banyak kali.Abang sulung yang paling kerap dukung aku.Dia tunjuk kat aku pada kawan-kawan dia.Macam la dia yang beranakkan aku tapi dia yang paling happy.

Papa pulak bila balik dari kerja mesti cari aku.Papa ciom aku misai dia terkena pipi,aku gelak.Makin galak papa mengusik aku.Dah penat main mama kasi aku minum susu.Mama bagi aku susu fresh sambil minum dapat free cioman.Sayangnya mereka kat aku.Memang aku kaya dengan peluk cium dari mereka..bahagianya jadi baby..


***************
Semua cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan part aku nak di berankkan tu betol di cerita semula oleh puan mama.Kalau sebelum ni bila time birthday aku yang paling seronok sekali sebab dapat hadiah bila makin dewasa aku terfikir kenapa aku gembira sedangkan puan mama bertarung hidup dan mati untuk melahirkan aku di dunia.Terima
kasih mama atas pengorbanan mu:)





putus cinta..auch

Ni entry gedik aku nak bercerita pasal putus cinta.Aku pon perempuan biasa jugak kalau putus cinta mesti nangis tersedu-sedu henjut-henjut bahu sampai hingus meleleh punya la sedih tapi esoknya ok dah:D cepat gilakan??sebabnya aku terfikir dalam dunia ni kalau sayang macam mana pon pada benda dan manusia tak kan kekal.kalau manusia akan mati tapi kalau barang akan rosak so buang masa nak sedih lama-lama. " kalau buang masa tayah nangis langsung la miak" err harus nangis sikit untuk lepas geram..lalala..

Aku pelik gila kalau ada yang putus cinta sampai tak nak makan,terperap dalam bilik.Tak lapar ke korang?Aku bukan jenis macam tu nak seksa badan semata-mata untuk orang yang tak hargai kita.Dah dia tak suka blah la buat apa nak terhegeh-hegeh lagikan? tapi sepanjang aku kapel aku yang tinggalkan ex aku tu =.="sebab tulah aku tak sedih??kalau tak sedih tak ada la adegan nangis terhenjut-henjut bahu tu..dah la aku tinggalkan aku yang nangis..haha 

Aku bukan saja-saja minta putus dengan ex aku tu tapi kalau boleh aku nak la lelaki suka aku bukan sebab kelebihan yang aku ada tapi aku nak lelaki suka dan jatuh cinta dengan keburukan aku.Bila dia boleh terima keburukan so tak ada masalah tuk dia terima kebaikkan aku.Baru boleh ngam

Macam aku ni anak bongsu jarak umur ngan abang-abang dan kakak pon jauh so mesti la aku di manjakan.Tapi aku bukan la jenis merengek-rengek nak itu ini cuma aku suka manjakan diri dan semua benda aku buat aku suka tanya pendapat pasangan aku sebelum buat sesuatu sebab tu dia rimas kot.Pastu kepala aku gila-gila tapi dia kata perangai aku macam budak-budak.Habis tu kalau tu salah ini salah kenapa dia suka aku?Dari situ aku tau dia suka aku cuma dari kelebihan aku je.so selamat jalan romeo..

Orang kata kalau putus cinta biar la cara baik tapi jarang la nak putus cinta cara baik.Kalau baik tak kan putus kan?Bila dah bergaduh,curang and benci barulah jadi punca gaduh.Bagi aku bila baru putus jangan contact la nanti jadi macam aku.Di sebabkan rasa keperimanusiaan aku tak nak bergaduh dengan ex aku tapi boleh pulak ada satu message dia tu kata aku bengap:( kalau aku bengap dia tu apa?Bebal?Pengajarannya biar la tak contact dari jadi kes maki yang tak di undang.

So kesimpulannya setelah aku kecewa tahap gaban sebab cinta yang kecundang di tengah jalan aku dah berangan nak bercinta ala-ala cerita adamaya tu..ha??im not single?tamau yang tu nak contoh adamaya jugak!!walaupon jalan cerita yang sama tapi mia sara takde..teheee macam best je bercinta lepas kawinkan..sapa nak bercinta dengan saya??girl only..eh eh larikKKk

Blog kau tak best

Aku bukanla blogger yang selalu mengeluarkan killer entry sebab tu la tak ramai yang follow aku..sob sob:( takpe takpe mentang-mengtang la aku tak cantik ang tak singgah kat blog aku noh..Lumrah la kan orang yang cantik dan kacak memang selalu orang kejar dan dapat perhatian.Tapi yang aku pelik kadang-kadang entry dia cuma type "arghh badmoodnya today malas nak hapdet" tapi komen sampai 40++  WTHotak?? aku baca pon rasa nak maki tak kira la muka macho macam mana pon.

Aku memang terkenal dengan malas nak komen.Kalau baca blog orang pon tak meninggalkan rambut ketiak"tak habis-habis dengan rambut ketiak =.=" jangan salahkan saya tapi salahkan blogger SHAFIQSTATICHOT." Aku akan komen bila aku rasa entry korang menarik so jangan hairan ada di antara blog korang aku rajin komen:D 

Belog yang macam mana aku malas nak komen??ok aku ada follow satu blogger ni.Aku tau dia bahagia bercinta dengan seseorang yang agak di kenali di malaysia ni.Tapi aku rasa tak perlulah setiap kali buat entry nak cerita tentang apa kau buat dan bertapa romentiknya pasangan kau.Sekali sekala apa salahnya tapi kalau dah dua tiga kala??Orang yang baca pon akan bosan.Aku terfikir macam mana kalau dorang putus cinta nanti..hurm..doakan yang baik-baik jela..blog kau lantak kau nak type apa tapi jangan tanya kenapa aku tak meninggalkan jejak kat blog kau.TENKIU:D

Seperti yang kat atas sekali tu aku tak akan komen kat blog yang cuma menaip sepatah harem.Kenapa aku marah sangat?Sebelum ni aku on9 pakai pc dan line streamyx sangat-sangat la selesa sekarang aku on9 pakai lappy dan menggunakan BERUKBENGONG sangat-sangat lembab dan menyusahkan so bila aku berhempas pulas nak bukak blog korang tiba-tiba kau cuma type "i rindu hubby/honey i la..hurm".*&%^%^ .kasihani la penguna-penguna berukbeng ini wahai blogger:( 

Blog yang paling annoying sekali yang buat mata aku berbulu baca blog yang menghentam lelaki dan perempuan.Kalau bloger tu lelaki dia mesti hentam perempuan macam tu jugak sebaliknya.Tu cara orang nak tarik perhatiankan?OUH HELL sorry la aku nak layan blog macam ni.Nanti nak kawin cari sapa??takkan kaum sejenis kan kan..??

 Yang paling penting aku tak follow lelaki yang kacak tapi aku akan follow kalau apa yang dia type sangat-sangat kelakar dan menghilangkan beban stress berkerja sepanjang hari.Blog yang aku paling suka brader zack tapi dia dah lama  tak hapdet tapi tak jemu nak baca blog dia yang lama-lama..I LIKE.Jangan tanya aku kenapa tak jejak di blog korang sebab aku tak sanggup nak cakap  BELOG KAU TAK BEST^-^ blog aku pon tak best jugak..heee

**************

Esok nak ajar anak sedara sebut harry potter lagi sebab dia akan sebut helikopter=.= penat aku mengajar..gRrr
 

bulu ketiak??ops...korang ada??

Mesti ada yang tengah membelek ketiak masing-masing dan mengukur tahap kepanjangan mengunakan pembaris.euww panjang gila berapa tahun tak cukur??haha "boleh gelak besar sebab ketiak dah tak ada rambut lagi.." bulu ketiak or rambut ketiak paling best??err err ok rambut ketiak sangat sweet..**muntah hijau**

Lepas baca entry bertajuk " KENAPA PEREMPUAN MALAS CUKUR BULU KETIAK?BETUL KE? dari incik SYAFIQSTATICHOT memang kaw-kaw aku gelak.Aku suka baca blog dia sebab font dia yang besar sampai aku yang rabun ni pon boleh nampak and ayat dia sangat ringkas dan tak payah memerah bulu ketiak yang basah akibat berpeluh untuk memahami ayat yang tersurat dan tersirat.

Aku rasa perempuan la yang menjaga tahap kebersihan rambut ketiak sebab jarang aku tengok rambut ketiak melekat pada perempuan tapi aku selalu tengok rambut ketiak melekat di ketiak lelaki kadang-kadang dah macam karpet pon ada.sexy??i dont think so...lelaki yang baca entry ni sila cukur sekarang..pergi pergi jangan belek-belek ketiak lagi!!

Perempuan yang duduk hostel atau duduk bilik lebih dari seorang lagi la peluang untuk membaja rambut ketiak untuk subur semakin tipis.Aku rasa masa mandi gosok-gosok ketiak mesti dia cukur kalau tak satu uni or kolej tau si peah ni tumbuh rambut kat ketiak.Ehem-ehem blogger kamaria hana and appa a.k.a shahilah make sure perkara itu tidak terjadi di hostel anda..haha

Kalau cun macam mana pon perempuan secantik lisa surihani kalau time naik putra seat da penuh terpaksa berdiri dan angkat tangan untuk pegang tali keselamatan yang tergantung kat atas kepala tu  tetiba terkeluar khazanah yang tersimpan di ketiak dan rambut ketiak itu mengurai dengan mengerbang kau ingat lelaki nak??tak depak den nak nolong..

Yang lelaki pulak kalau muka macho habes kalah remy ishak ngan fahrin ahmad tapi masa nak lambai awek hambik kau!!rambut ketiak setebal kamus dewan bahasa..kau ingat perempuan tengok korang sexy ke??rasa nak bagi kambing ragut je rambut tiak korang tu tau.Tak perlu simpan..Sangat-sangat berbau..heee 

Tak kira la kalau sebuk macam mana pon dan sopan macam mana pon korang pilih baju untuk menutup rambut ketiak tu sila-sila la cukur.Bukan untuk kebersihan tapi untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.Nak simpan panjang-panjang untuk apa??kalau simpan rambut ketiak tu trend please let me know sebab aku boleh bukak saloon untuk pusat kecantikkan rambut ketiak..boleh rebonding,curlkan,colour and treatment..hee harga boleh di runding.. 

 Kepada blogger shafiq aku tak kondem entry kau kayh..entry kau memang best dan terbaik:D
"bodek lebih" miahaha

nasik lemak lima puloh sen?

Beberapa hari ni memang aku asik teringat je kejadian yang berlaku dia area umah aku.Cerita macam kes jenayah je..macam gud-gud je tapi percayalah kejadian nie lebih dasyat dari kes lari  tak pakai selipa akibat di kejar anjing bagi kaum wanita yag lemah lembut seperti saya..*senyum tak nampak gigi sebab tak pakai braces macam hamis zalikha*

Sedang syok-syok menikmati udara dan angin sepoi-sepoi bahasa iban tetiba ada dua brader ni datang duduk tak jauh dari tempat aku.Dorang nak siap-siap main futsal kot.Sementara geng belum sampai dorang berborak berdua kat bawah pokok.Lelaki kalau ada geng bak kata nabil raja lawak mula la dorang akan buat bunyik cencorot yang tak di undang.

Di sebabkan tak di layan.maka brader yang buat bunyik cencorot tu kata amboi sombongnya and statement berani mati "lu nak ke awek nasik lemak 50sen macam tu" member dia yang lagi seko tu gelak je.ini sudah lebih..wa tak kacau lu tapi lu sudah libatkan nasik lemak 50sen wa..aku pandang buat muka bengang padahal malu seyy..hee tapi hentam tetap hentam..

Mulot aku pon ringan la cakap,der <<---tak main dah ayat bro-bro tak malaysia la..haha lu nak nasik lemak 5.99sen "jangan tanya kenapa aku keluarkan kenyataan 99sen..bila marah ayat pon mula meraban" pergi la tempat lain.Apa yang bangganya dapat besar-besar buat koyak plastik je nak angkat.Lepas dah cakap macam tu tak kan aku nak stay lagikan.mestilah aku dengan berhemah lalu depan mereka sambil bongkok dan berkata tompang lalu"lakonan semata-mata.jangan percaya*pengsan*  "

Masa nak blah sempat juga aku bagi sepatah dua kata sebagai kenangan.aku pandang kat muka brader yang nak tunjuk hero mempersoalkan nasik lemak 50sen aku heh lalu aku berkata der,budi bahasa budaya kita..tengok muka lu macam orang malaysia tapi tatau la kalau lu ni bangla.kalau bangla wa tak kesah la kalau tak beradap sangat."senyum tak nampak gigi lagi malu gigi tak cantik macam hamis zalikha..uhuk2"

kawan dia tu senyum-senyum kat member dia yang mulot longkang tu.Mana tak malu awek sound dedepan beb.Jatuh la saham.Dia ingat dengan semua perempuan dia boleh buli ke..porahhh muka je hensem perangai buruk..*kecewa* eh tak tak..aku tak heran la..

wahai kaum adam ketahiulah bahawa tidak kira la nasik lemak 50sen ke 5.99sen ke tu adalah aset berharga bagi kaum wanita dan pondan-pondan.kalau nak yang besar-besar korang buat sendiri la.korang ada??heh lagi banyak soal pulak..huh

 ****************

tetiba mengidam nasik lemak satu malaysia kat kampung aku..sesapa yang duduk area segamat johor boleh la pergi ke kedai warisan tok mak..memang sedap.. TERBAIK

akan datang..


Konon tajuk entry macam nak promot movie yang akan keluar akan datang pulakkan yang akan mencecah 40juta.huahuahua macam DR ROZMEY kesayangan korang pulak.Eleh bukan aku tak tau korang kata je tak suka dia tapi dalam blog korang bersepah cerita pasal dia..ahaha bukan aku tak perasan ok:P

Aku buat entry ni bukan nak promot cerita hantu kak limah balik rumah..err betol ke tajuk tu?awat panjang sangat..huh tapi akan datang aku akan lebih rajin menghapdet ye.Buat masa sekarang ni faktor umur "da pakai spek kira da tua la kan?? " yang tak mengizinkan mengadap lappy lama-lama.Kepada cik FATIN ATHIRAH bukan malas nak hapdet ye tapi tak ada masa:p

Kepada kawan-kawan yang duk tanya mana ang menghilang ni..??terima kasih la korang prihatin ambik tau pasal aku korang sememangnya tak ada kerja mengadap pesbuk 24jam tu yang tau je kalau ada orang on9 ke tak.hee tapi takpe aku menghargai.Ada yang tanya apa perkembangan terbaru ang.Perkembangan terbaru aku tang pipi jela yang kembang tang lain belum lagi.


Hari ni lepas kemas-kemas rumah"harus bagitau kemas umah mana tau kot-kot makcik-makcik pon ada blog tuk cari calon isteri tuk anak diakan..hee hye makcik saya single:D " sudahlah miak setahun bape kali je kemas umah boleh kira guna jari tangan tak termasuk jari kaki. ok part tu abang aku yang menyemak kat sebelah ni terbaca aku mengemas umah so dia keluarkan statement tu..sob sob..gila tak menyokong adik..WTF welkem to facebook..erk takde kena mengena:D

Berbalik pada cerita tadi lepas kekemas umah je dapat message dari appa a.k.a shahilah..hey appa..windu kamu..muax muax..appa cakap kawan kami incik silat menang dapat pingat emas dalam pertandingan silat dunia yang di adakan di jakarta,mesia,,eh memang tidak la mesiakan mesti la indonesia..budak sekolah pon tau..hee tahniah incik silat:D sebelum ni mia penah cakap kalau dia menang mia anggap tu adalah adiah bornday mia:D maknanya sekarang ni mia da dapat adiah yang pertama walaupon besday lagi seminggu lebih..yeahh!!


Ok guys GTG..kalau blogger kamaria hana selalu kena buli dengan adik dia yang ronggak tapi aku pulak kena buli dengan anak sedara bertelinga capang.Sebok suruh aku kemas mainan yang dia dah sepahkan.Banyak cantik muka kau!!Kalau maksu kau ni yelah cantik..tettt berbulu mata bacakan..agaga dah tu dia yang kebulur aku tukang suap dia sedap-sedap baring tengok astro..nasib baik la dapat mak sedara yang penyabar ni kalau tak memang bertelor pale dia..




 

Abang ku dunia akhirat..

Warkah buat abang,

Abang ingat tak masa mia kecik-kecik dulu abang selalu dukung mia?Abang kata adik bongsu abang ni comel.Adik-adik abang yang lain mesti cemburukan.Hehe tapi masa tu mia kecik lagi tak tahu apa-apa pon. 


Abang dulu masa mia kecik-kecik abang banyak layan kerenah mia,Mia tidur pon dengan abang.Walaupon ada kakak tapi mia lebih sayangkan abang sebab abang selalu buat tidur mia lena.Abang tepuk belakang mia sampai mia tidur.abang tak penat ke?

Abang,masa mia masuk sekolah menengah abang dah tak ada.Mana abang pergi??Mia dapat jumpa abang kadang-kadang je.Tidur mia dah tak lena macam dulu.Mia selalu berdoa abang pulang ke rumah cepat.


Abang,Allah makbulkan doa mia..Dia dah pulangkan abang pada mia.Tapi mia malu pada abang.Mia dah besar abang pon dah tak ajak mia tidur sama-sama lagi.Tapi peduli apa mia tetap tidur dengan abang.Mia memang sayang abang pudulikan apa orang kata.Mia tak nak lepaskan abang pergi jauh-jauh lagi.

Abang,mia selalu nak dekat ngan abang.Selalunya mia pergi sekolah dan balik sekolah jalan kaki tapi kali ni mia sengaja suruh abang ambik masa pulang dari sekolah.Mia tak suruh abang hantar ke sekolah sebab mia tak nak ganggu abang tidur.Mimpi indah ye abang..

Bila mia da f4 abang pergi lagi.Kali ni jiwa mia memberontak.Di sebabkan terlalu manja ngan abang mia dah tak rasa rapat dengan sesiapa dalam rumah ni.Papa cakap abang pergi sebab abang tak sayang mia,tak pedulikan mia.Mia tenung mata papa dalam-dalam.Papa cakap dalam keadaaan ketawa.Tak apa bagi mia semua tu usikan dari papa.Mia tau abang mia cuma sayang adik dia sahaja.


Lepas habis f5 mia terus cari abang kat kampung.Tapi kenapa kita dah tak macam dulu?Abang cakap ngan mia serious je.Dulu mesti abang usik-usik mia tapi sekarang abang macam dah tak pedulikan mia.Betol ke cakap papa abang dah tak sayang mia?

Mia datang dengan shera dia kata kenapa abang lebihkan anak orang lain.Eh memang tak la.Abang mesti sayangkan adik dia.Tapi dah lama-lama memang betol cakap dia abang dah tak lebihkan adik dia lagi.Kalau abang dah tak sayang mia siapa nak sayang mia? 

Sekarang baru mia paham,Abang dah ada adik baru rupanya.Abang kata mia kena faham mia dah ada segala-galanya dari dia.mia ada keluarga yang sempurna tak seperti dia.Mia diam tak menjawab kata-kata abang tapi dalam hati tahu ke abang dalam keluarga cuma abang yang ada untuk mia.Kalau abang dah tak pedulikan mia maknanya mia hidup sorang-sorang.

Mia nekad untuk tak menagih kasih sayang orang lain lagi.Kalau dalam ahli keluarga pon sukar nak dapat apatah lagi dari orang luar.Abang,setiap lelaki yang cuba mendampingi mia mesti mia cerita kat abang.Abang sendiri tau macam mana mia layan merekakan?Mia ada abang untuk apa mia perlukan lelaki di luar sana. 

Abang,walaupon ada sedikit terasa hati.Tapi mia cuba tak pedulikan apa yang mia rasa.Maafkan mia sebab luahkan perasaan mia kat enrty ni.Cuma nak kenang kembali kenangan kita:)Walauapa yang terjadi,abang tetap abang mia di dunia dah akhirat.



Bonda tersayang..

Warkah buat mama,

mama dah lama kita tak berborakkan??Kenapa ye??mia nampak perubahan mama selepas nenda dah tak ada.Mama kerap marah-marah..Mia tau mama sedih kehilangan orang yang mama sayang tapi mia tak kesah kalau mama marah mia mama semakin lega..

Mama hari ni mia terfikir,mama lebih sayangkan kakak dan abang-abang dari mia ke??Mia tak ada tempat dalam hati mama??Tapi orang kata mana ada mak yang tak sayang anak tapi kenapa ada yang sanggup buang bayi kalau semua sayang anak.Mungkin mama pon tak sayang mia kan?

Mama mia tengok ibu arwah tasya sayang sangat kat anak dia.Dia selalu tulis kat FB kata-kata rindu pada arwah tasya.Syahdunya lihat kasih seorang ibu pada seorang anak yang dah tiada.Rasa-rasa kalau mia dah tak ada nanti mama akan rindu kat mia macam ibu rindu kat arwah tasya tak?Ke mama akan rasa sayang selepas mia dah tak ada?Atau mungkin mama takkan rasa apa-apa??

Mama semua adik beradik mama melindungi anak masing-masing bila anak mereka di tuduh tapi kenapa mama tak lindungi mia?Semua salahkan mia walhal mia cuma membantu sepupu tu dari di apa-apakan.Mama tak percayakan mia ke??SUMPAH mama sendiri lihat air mata mia sewaktu bercerita tentang kebenaran tu tapi mama cuma mendiamkan diri je.Pada siapa lagi mia nak mengadu mama??

Mama tau kan mia selalu sakit kepala sebab low blood dan mia selalu minta mama picitkan kepala.Tapi sekarang mia takut nak jumpa mama.Mia bukan nak jauhkan diri dari mama.Mama tau tak masa mama picit mia rasa semua kesakitan mia lega.Sampai mia lena di sisi mama.Amannya bila berada di sisi mama.

Walaupon duduk satu rumah tapi di blog ni la satu-satu tempat mia meluahkan perasaan.Mia selalu lalu depan bilik mama tapi mia takut nak masuk ganggu mama.Kadang-kadang mia duduk sebelah mama tapi masing-masing diam tak kata apa-apa.Apa salah mia pada mama sebenarnya??

Mama andai kata kehadiran mia dalam dunia ni menyusahkan hidup mama,Mia minta maaf.Mia tak tau kata-kata mama pada abang cuma gurauan ataupon memang dari hati mama.Mama kata andai ada lelaki yang boleh tanggung mia mama nak mia kawin je.Kenapa mama??mama dah tak nak mia ada di sisi mama??memang sah la mia ni bukan sesiapa dalam hati mama kan??:(

Dalam dunia ni bukan kasih sayang seorang lelaki yang mia mahukan.Mia tak ada teman lelaki.Mia cuma nak kasih sayang mama.Apa guna mia hidup dalam dunia ni tanpa kasih sayang mama.Mia selalu dengar kawan-kawan cerita hal ibu mereka.Mia senyum tapi dalam hati mia selalu tertanya,kenapa kita tak boleh jadi macam tu?

Mama mia takut kalau tak sempat nak kata mia sayang kat mama.Setiap kali mia nak kata perkataan tu depan mama lidah mia jadi kelu.Mia malu nak kata macam tu.Tapi kalau mama perasan setiap kali hari lahir mama mesti mia nak buat something untuk mama berbanding anak-anak mama yang lain.Bukan nak kata mereka tak sayang mama cuma mia sedaya upaya nak membeli jiwa mama untuk sayang mia.Nampaknya usaha mia selama ni sia-sia.

Mama mia tak penah penat untuk menunggu kasih sayang mama buat mia.Tapi andai kata masa tu tak mengizinkan hadir di saat kita kat dunia,Mia mohon mama halalkan susu,halalkan kesakitan dan halalkan pengorbanan mama melahir dan menjaga mia sewaktu kecil.Terima kasih mama atas segalanya:)

YA ALLAH aku tahu kau hanya menguji hamba mu yang kuat dan kau mahu aku jadi insan yang lebih tabah.Dugaan ini terlalu berat YA ALLAH.Aku rindukan kasih sayang mama aku.Separuh dari penafasan aku seperti di tarik.Apabila kata-kata seorang ibu terlalu keras untuk anaknya aku rasa seperti roh aku pergi yang tinggal hanya jasad di dunia ni.Insya Allah lepas apa yang terjadi aku akan jadi seorang yang makin kuat.